Buletin

INILAH DIA HYUNDAI PONY COUPE CONCEPT 1974 YANG ASAL – RUPANYA HYUNDAI MEMANG DAH SPORTY DARI DAHULU LAGI

Jikalau kita melihatkan model produksi massa Hyundai di era 70an ke 80an, pastinya kita merasakan bahawa model keluaran mereka terlalu jauh beza dengan model keluaran dari Jepun. Tak sukan langsung. Tapi tahukah anda bahawa rupanya Hyundai pernah menghasilkan sebuah model konsep yang cukup sporty, Inilah dia model konsep Hyundai Pony Coupe.

Model konsep Hyundai Pony Coupe ini telah direka oleh pereka Itali, Goigetto Giugiaro agar konsepnya tulen dan abadi. Ia telah menjadi ikon jenama ini sejak penampilan pertamanya di Turin Motor Show 1974 untuk reka bentuknya yang menekankan penggunaan garisan geometri seperti Origami yang mencipta impak visual yang tersendiri.

Muncungnya yang berbentuk baji dan lampu hadapan bulat merupakan beberapa ciri yang membezakannya daripada beberapa model keluaran di era 70an tersebut. Dan ternyata rupanya rekaan sedemikian juga barangkali menjadi inspirasi terhadap sebuah lagenda yang mempunyai ciri rekaan yang hampir serupa, De Lorean DMC 12.

Tetapi ia adalah Hyundai yang pertama, kerana ia adalah konsep yang memberi inspirasi kepada kereta pengeluaran pertama yang dibina oleh gergasi Korea Selatan itu. Semua yang anda lihat hari ini seperti model i10, i20, i30, Ioniq, Santa Fes, Tucsons dan banyak lagi – berasal dari Coupe dua pintu kecil yang sederhana ini.

Menurut Goigetto Giugiaro beliau tidaklah begitu mengenali tentang firma Hyundai ketika awalnya namun Hyundai hari ini sudah jauh berbeza dan semakin dikenali serata dunia. Ketika beliau mencurahkan idea untuk model konsep Pony Coupe ini, jelas sekali menampilkan hidung yang lebih tajam di bahagian hadapan. Manakala bahagian but di belakang hanya boleh dibuka sedikit sahaja di bahagian hujung dan bukannya keseluruhan cermin belakang.

Bahagian kabin menampilkan papan pemuka yang tampil dengan gaya analog untuk tampil retro dikala itu dengan saiz yang cukup besar mendominasi sehingga ke bahagian tengah konsol. Posisi tombol gear manual pula diletakkan sedikit atas bagi memudahkan pemandu mencapainya untuk tampil lebih ergonomik persisnya.

Cuma sayangnya model konsep tersebut tidaklah menjadi kenyataan untuk dijadikan sebagai model produksi massa. Katanya atas faktor ketiadaan enjin yang sesuai untuk disumbat ke dalam ruangan enjin. Iyalah rupa dah power tak mungkin nak guna enjin yang lemau. Buat kena gelak pula nanti. Tapi yang pasti, semangat kesukanan tersebut berterusan dibawa oleh Hyundai sehingga ke hari ini.

BACA : HYUNDAI, GIORGETTO GIUGIARO MAHU BINA SEMULA PONY COUPE CONCEPT 1974

BACA : HYUNDAI PONY: ‘PROTON SAGA’ KOREA KEMBALI DENGAN GAYA MODEN

Google ads

B K

Back to top button