Motosikal

BELL PERKENAL TEKNOLOGI MIPS

Pengeluar topi keledar Bell sekali lagi tampil dengan teknologi baharu dalam usaha menjadikan produknya lebih selamat.

bell-debuts-the-mips-technology-in-motorcycle-helmets-range_1

Kali ini, Bell memperkenalkan Multi-Directional Impact Protection System (MIPS) selepas ia diuji dan terbukti berkesan pada topi keledar untuk kegunaan penunggang basikal.

MIPS mula digunakan pada topi keledar basikal jenis mountain bike. Ia memberi pelindungan daripada tenaga putaran yang mungkin memberi kesan kepada otak ketika berlaku kemalangan.

Walaupun ramai yang percaya bahawa impak pelanggaran adalah linear, sedangkan realitinya tidak. Dalam kebanyakan kes kepala penunggang berpusing sebelum impak sebenar berlaku.

MIPS menggunakan satu sistem yang bergerak di dalam topi keledar ketika impak berlaku. Impak liner disambungkan kepada MIPS menggunakan empat gelung elastomerit. Jadi, pergerakan di bahagian luar topi keledar dan MIPS membantu mengurangkan imopak yang dialihkan ke tengkorak serta otak penunggang. Sekali gus dapat mengurangkan keseriusan kemalangan. 

Flex Impact Liner Bell juga digunakan untuk menawarkan lapisan perlindungan. Bell kini merancang menggunakan MIPS pada tiga model terlarisnya. Dua topi keledar off-road iaitu MX-9 dan MX-9 Adventure. Di samping satu topi keledar jalanan, Qualifier DLX.

Google ads
Back to top button