Motosikal

HJC PERKENAL TOPI KELEDAR LUKE SKYWALKER X-WING 

Tahun lalu, pembuat topi keledar terkenal dunia dari Korea, HJC ada mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan topi keledar siri istimewa dengan tema Star Wars sempena ulang tahunnya yang ke-45. 

Menunaikan janji tersebut, HJC baru-baru ini memperkenalkan topi keledar IS-5 Luke Skywalker X-Wing yang diinspirasikan daripada watak utama filem Star Wars, Luke Skywalker.

Karekter klasiknya diserlahkan menerusi perincian grafik dan visor berwarna oren yang boleh dinaik serta diturunkan. Bergaya retro, pelanggan di Amerika Syarikat serta Eropah boleh membeli topi keledar yang mendapat keluluasan piawaian DOT dan ECE itu tidak lama lagi.

BACA: HJC HASILKAN TOPI KELEDAR ADIWIRA

HJC berpendapat IS-5 Luke Skywalker X-Wing akan menarik minat penunggang motosikal dan pengumpul barangan StarWars. Lebih menaik lagi, 10 topi keledar tersebut akan ditandatangani oleh pelakon Mark Hamilll sendiri. Ia kemudian dijual di laman web Omaze dan hasil jualan akan disalurkan ke UNICEF serta Yayasan Kanak-kanak Starlight, bagi pihak Star Wars: Force for Change.

Tarikh pelancaran dan harga topi keledar IS-5 Luke Skywalker X-Wing akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi. Sebelum ini, HJC ada menawarkan tiga topi keledar dengan tema Star Wars iaitu Kylo Ren (RPHA 11), Boba Fett dan Death Trooper (FG-17).

Koleksi topi keledar Star Wars dikeluarkan oleh HJC hanya beberapa minggu selepas rangkain topi keledar bertemakan adiwira Marvel seperti The Punisher, Captain America, dan Iron Man diperkenalkan.

Stail betul…

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button