Buletin

TUNGGU 60 TAHUN NAK BELI MODEL CORVETTE SESUAI DENGAN JIWA

Tiada istilah terlambat untuk memiliki jentera idaman.

Ia dibuktikan lelaki berasal dari Valleyford, Washington, Amerika Syarikat (AS), Vern Eden yang berusia 87 tahun apabila menjadi pemilik jentera baharu Chevrolet Corvette Stingray 2021.

Bekas pemandu trak selama 44 tahun itu memberitahu dia tidak menggemari keseimbangan yang ditawarkan pada model-model terdahulu.

“Bagaimanapun, model kali ini memiliki keseimbangan yang sempurna. Tidak seperti model-model terdahulu yang berat pada bahagian hadapan,” katanya.

Selain keseimbangan, dia juga bimbang model Corvette hanya akan ditawarkan dijana elektrik sahaja.

Eden memberitahu, dia perlu mencari lokasi sesuai untuk memecut pada kelajuan maksimum.

Ketika berusia 15 tahun, Vern pernah mengembara ke Mexico bersama abangnya menaiki Chevy 1940 dan tidak berdepan sebarang masalah.

Bahkan, warga emas itu sudah menjelajah sebanyak 65 negara termasuk Kemboja dan China. –carbuzz

Google ads
Back to top button