Buletin

PROTON ISWARA MELETUP DAN TERPUTUS DUA DIPANAH PETIR. BADAN LELAKI HANCUR

Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kereta yang dipandunya meletup dipercayai dipanah petir di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan petang tadi.

Kejadian jam 5.38 petang itu menyebabkan kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar. Cermin masjid di lokasi berkenaan juga pecah akibat letupan kenderaan itu,” katanya.

Video dan gambar yang memaparkan kejadian lima buah kereta terbakar di kawasan Simpang Empat, Kampung Sireh di sini juga mula tular dalam media sosial petang ini. – Berita Harian

Google ads
Back to top button