Buletin

TUTUP KILANG, MITSUBISHI BAKAL TAMATKAN PRODUKSI PAJERO TAHUN 2021

Mitsubishi Motors dikatakan sedang membuat penyusunan terakhir untuk menutup sebuah kilang milik anak syarikatnya yang menghasilkan model Mitsubishi Pajero dalam tempoh tiga tahun.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, kilang Pajero Manufacturing yang terletak di wilayah Gifu itu menghasilkan model SUV Pajero, tetapi jumlah pengeluarannya semakin menurun akibat kurang permintaan.

Mitsubishi Motors juga akan menghentikan pengeluaran kereta di kilang sama yang sebelum ini untuk tujuan eksport menjelang tahun 2021. Rancangan itu termasuk dalam pelan pengurusan setengah penggal Mitsubishi yang akan diumumkan hari ini.  

Di Jepun, Toyota Motor mengambil keputusan untuk menutup sebuah kilang syarikat Higashi-Fuji di wilayah Shizuoka pada hujung tahun ini. Manakala Honda pula akan menutup kilang Sayama di wilayah Saitama pada tahun fiskal 2021.

Mitsubishi Delica D:5 TAS 2019

Pengeluar kenderaan Jepun dilihat mula mengurangkan kapasiti produksi berlebihan berikutan permintaan terhadap kereta baharu di pasaran tempatan yang semakin menyusut.

Kilang Pajero Manufacturing sudah berhenti menghasilkan model kereta Pajero untuk pasaran Jepun sejak tahun 2019 lagi. Ia kini memasang SUV Pajero untuk pasaran eksport, selain minivan Delica D:5 dan Outlander.

Kilang tersebut menghasilkan sebanyak 63,000 unit kenderaan pada 2019, menyumbang kira-kira 10 peratus daripada pengeluaran domestik Mitsubishi.

Dengan penutupan kilang itu, produksi Delica dan Outlander dijangka dipindahkan ke Okazaki atau lokasi lain. Majoriti 900 pekerja di kilang berkenaan akan diambil bekerja di kilang lain.

Ia akan menjadi kilang Mitsubishi pertama di Jepun yang ditutup dalam tempoh 20 tahun.

Tags
Google ads
Back to top button