,
Buletin

MENYOROK DALAM KOTAK SIMPANAN BMW. NIAT NAK PERGI BRITAIN TAPI SAMPAI PERANCIS

Percubaan dua pendatang ingin menyelinap masuk negara Britain dengan menyorok di dalam kotak simpanan bahagian atas bumbung kereta BMW membawa mereka sehingga ke negara Perancis.

Difahamkan, pasangan berusia 16 tahun dari Eritrea dan Guinea itu memasuki kotak simpanan kereta yang berdaftar dari negara Britain.

Menurut sumber polis, terdapat banyak pendatang ingin memasuki Britain tetapi dalam kes ini mereka tersasar jauh kira-kira 100 km.

“Pasangan Britain menyedari kehadiran pendatang tersebut berhenti untuk bermalam di Calais selepas menggunakan Eurotunnel.

“Pada keesokannya, apabila memandu ke arah destinasi percutian mereka di Vendee, pasangan ini terdengar bunyi bising dan berhenti di stesen petrol sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.

Di lokasi kejadian, pihak polis membuka kotak simpanan di bahagian bumbung kereta dan menemukan pasangan terbabit.

Pasangan tersebut diserahkan kepada badan kebajikan pendatang tempatan tetapi enggan mengambil mereka. Nasib pendatang itu tidak ketahui dan ke mana mereka membawa diri masing-masing.

Sebanyak 3,000 pendatang telah memasuki Britain pada tahun ini melalui pengangkutan bot. – agensi

Tags
Google ads
Back to top button