Artikel Pilihan

PULIH DARI BUTA LELAKI INI HADIAHKAN DIRINYA SEBUAH CORVETTE BAHARU

Mike Schickerowski telah disahkan sebagai buta untuk sekian lama tetapi satu teknik baharu pemulihan telah membolehkan beliau melihat kembali. Lelaki yang berasal dari Kanada ini telah menjalani satu rawatan percubaan di California untuk memulihkan penglihatan.

Ia bukannya prosedur pembedahan biasa kerana Mike dilahirkan dengan Nystagmus, keadaan di mana mata gagal mengawal gerakan objek sekaligus membuatkan penglihatan menjadi kabur.

Ia seolah-olah mengambil gambar dengan menggerakkan kamera sewaktu butang shutter di tekan. Kesannya memang sama dengan simpton penyakit mata yang dihidapi Mike. Otak beliau gagal mentafsirkan imej yang dihantar oleh mata membuatkan pandangan beliau sentiasa kabur.

Rawatan tersebut berjaya memulihkan keadaan Mike sejak Oktober 2018 dan beliau kembali mampu melakukan aktiviti yang sebelum ini tidak mampu dilakukan. Tapi Mike mempunyai satu lagi impian iaitu untuk memiliki sekping lesen memandu.

Mike baharu saja lulus ujian memandu awal bulan lepas dan segera memandu kereta idaman beliau, sebuah Chevrolet Corvette C7 Grand Sport. Sebenarnya kereta tersebut telah dibeli sebelum beliau menduduki ujian memandu dan merupakan motivasi terbesar beliau untuk lulus ujian. Ternyata ia cukup berbaloi kerana Mike lulus ujian dalam cubaan kali pertama.

Ramai yang mengatakan beliau perlukan sebuah trak pikap kerana tinggal di Alberta, Kanada. Mike juga sukakan trak pikap  tapi menurut beliau semua orang memiliki trak pikap dan beliau inginkan sesuatu yang berbeza.

Kereta ini sememangnya cantik sambung Mike dan ia merupakan sesuatu yang langsung tidak dijangka untuk seorang yang cacat penglihatan seperti beliau. Kesemua ahli keluarganya juga sama teruja dengan keadaan terkini Mike. Ia memang sesuatu di luar jangkaan. Dengan penglihatan yang baik, peluang dan pilihan yang lebih baik kini menanti Mike di luar sana.

Memiliki dan memandu sebuah Corvette baharu merupakan cara yang sangat menarik untuk memulakan hidup selepas pembedahan. Mungkin lain orang lain citarasanya tapi bagi seorang kaki kereta kami rasa ia pilihan yang cukup tepat. Err, kalau pilih Porsche 911 GT3 RS lagi best kot? Anda rasa?

Kredit thedrive.com dan carbuzz.com

Tags
Google ads
Back to top button