ASMAX INTERKOM BLUETOOTH BAHARU UNTUK ‘KAKI RIDE’ DI MALAYSIA – DARI RM399
Peranti interkom Bluetooth yang pada awalnya bertindak seperti alat ‘handsfree’l kini menjadi lebih maju dan mula menjadi alat wajib bagi penunggang motosikal.
Terbaru, NKS Distributors dengan rasminya memperkenalkan rangkaian interkom Bluetooth jenama ASMAX World untuk pasaran tempatan. Menariknya, dengan rata-rata peranti Bluetooth ini hadir dengan harga ‘kayangan’ namun jenama ASMAX lebih mampu milik meskipun dilengkapi dengan teknologi lebih baik.
Untuk pasaran tempatan terdapat empat model interkom ditawarkan menerusi ASMAX S2, Z1 Plus, F1 Plus dan akhir sekali F1 Pro yang merupakan varian ‘flagship’ (perdana).
ASMAX merupakan jenama interkom Bluetooth paling cepat berkembang di China tahun lalu dan berjaya membangunkan teknologi Mesh Intercom dan Smart Mesh Control (SMC) 5G yang telah dipatenkan.
SMC membenarkan komunikasi hingga 16 peranti ASMAX serentak bagi jarak sehingga 15km.
Antara penyumbang utama kepada ciri berteknologi tinggi ini adalah penggunaan cip Bluetooth 5.4 dan 5.3 terkini selain dari teknologi SMC.
Selain itu, interkom ASMAX juga menawarkan bunyi yang jelas dan berkualiti tinggi ekoran dibangunkan bersama studio Bongiovi Acoustic Labs di Amerika Syarikat. Menurut NKS, peranti ASMAX hanya memerlukan 50 mint untuk cas penuh dan 10 minit untuk komunikasi 3-jam tanpa henti.
Berikut harga mengikut model:
- ASMAX S2 – RM399
- ASMAX Z1 Plus – RM699
- ASMAX F1 Plus – RM799
- ASMAX F1 Pro – RM899