Buletin

BYD CATAT REKOD JUALAN 10,000 UNIT DI MALAYSIA

Sime Darby Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, telah mencapai satu kejayaan besar dengan jualan lebih 10,000 kenderaan BYD di seluruh negara.

Bagi meraikan pencapaian ini, Sime Darby Motors menganjurkan satu konvoi khas untuk pemilik BYD yang dikenali sebagai ‘BYD Dream Drive Melaka 2024’.

Melaka dipilih sebagai destinasi utama bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tahun ini, satu pilihan amat bermakna kerana Melaka mempunyai hubungan sejarah yang erat dengan China sejak abad ke-15.

Konvoi ini melibatkan lebih 60 buah kenderaan BYD dan telah dilepaskan dari bilik pameran BYD di Ara Damansara.

Para pemilik kenderaan BYD berpeluang menyertai perjalanan yang menarik selama dua hari satu malam ke Melaka.

BYD Cars Malaysia kini mengorak langkah untuk mencapai sasaran seterusnya, iaitu menjual 10,000 buah kenderaan dalam tempoh yang lebih singkat.

Syarikat automotif ini komited untuk terus menjadi peneraju dalam mobiliti elektrik, dengan menyediakan kenderaan elektrik pintar yang inovatif serta memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan.

Kejayaan BYD sebagai jenama kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia juga berpunca daripada pembangunan rangkaian yang kukuh dan fokus terhadap kepuasan pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Sime Darby Motors turut menekankan kepentingan pengembangan rangkaian BYD di Malaysia, yang kini merangkumi 26 bilik pameran BYD di seluruh negara.

Ini termasuk 19 rakan pengedar, dengan 16 pusat 3S BYD dan 10 pusat 1S BYD, bagi memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan yang lancar dan menyeluruh.

Tambahan, BYD mensasarkan untuk memperluaskan rangkaian kepada 30 bilik pameran menjelang akhir tahun 2024.

Dengan perkembangan pesat ini, BYD terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri kenderaan elektrik di Malaysia, selari dengan penerimaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik di rantau ini.

Google ads
Back to top button