Buletin

VALENTINO ROSSI BAKAL GEGAR CABARAN DUNIA GT BERSAMA PASUKAN WRT

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi yang bersara dari pentas MotoGP musim lalu, akan kembali ke litar berlumba menerusi perlumbaan empat roda di saingan Cabaran Dunia GT.

Bintang berusia 42 tahun itu akan memandu kereta Audi untuk pasukan WRT Belgium dalam kategori pecut dan endurance.

“Semua orang tahu saya seorang peminat perlumbaan kereta dan sangat berminat berlumba jentera empat roda sebaik sahaja karier MotoGP saya berakhir.

“Sekarang saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menumpukan kepada program kereta lumba di peringkat tertinggi dengan pendekatan profesional yang betul.

“Pasukan WRT amat sesuai dengan saya dan tidak sabar untuk memulakan pengalaman baharu bersama mereka.

Kereta Audi yang dipandu Rossi akan kekal menggunakan nombor 46 yang digunakannya ketika beraksi di saingan MotoGP. –HM/GPOne

Google ads
Back to top button