
PERMULAAN DUNIA MOTOSIKAL ANAK PEREMPUAN VALENTINO ROSSI – MINI ROSSI MUNCUL
Anak perempuan Valentino Rossi mungkin baharu berusia setahun tapi kini sudah mula menunjukkan minat terhadap dunia dua roda. Kalau dah bapanya seorang pelumba paling popular du dunia ke mana lagi nak tumpah kuahnya. Momen tersebut dikongsi oleh Rossi di Instagram beliau.

Video tersebut menunjukkan Giuletta menunggang sebuah Yamaha PW50 bertemakan liveri VR46 di sekitar kawasan rumah. Rasanya ini memang kediaman Rossi di Tavaullia. Bertuah la kau nak, ada jurulatih bekas juara dunia.
Ia sebenarnya menunjukkan Rossi menunggang jentera tersebut bersama anak perempuan beliau dan memberikan kata-kata semangat dari semasa ke semasa sambil merakam video tersebut.

Giuletta merupakan anak sulung Rossi bersama isterinya, Francessca Sofia Novello dan baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertama Mac lalu.
Menariknya usia Giuletta ketika ini sama dengan usia Rossi sewaktu mula menunggang motosikal. Malah Rossi sebelum ini pernah memuatnaik video beliau sedang menunggang motosikal semasa berusia setahun di kediaman keluarga beliau di Graziano.
Walaupun baharu berusia setahun gaya menunggang Rossi sudah menyerlah dengan mengagihkan berat badan ke bahagian dalam sewaktu mengambil selekoh.
Macam mana? Rasa-rasanya ada peluang tak kita tengok generasi baharu Rossi dalam persada perlumbaan motosikal dunia selepas ini? Korang umur setahun dah pandai ke naik basikal tanpa roda kecil kat kiri kanan tu?