Buletin

TOYOTA LAND CRUISER 300 RASMI DILANCARKAN DI INDONESIA, 3.3 V6 TWIN-TURBO DIESEL, BERMULA RM680K!

PT ToyotaAstra Motor (TAM) baru-baru ini melancarkan secara rasmi Toyota Land Cruiser 300 ke pasaran Indonesia. 

SUV mewah tersebut sebelum ini dilancarkan di Jepun pada Ogos 2021, diikuti di seluruh dunia dan mendapat sambutan cukup hangat. 

Jentera itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Land Cruiser VX-R 4×4 A/T dan Land Cruiser VX-R GR-S. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin diesel turbo berkembar V6 bersesaran 3.3 liter yang mampu menjana 309PS dan Tork 700Nm. Enjin yang telah ditambah baik itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik 10-kelajuan Direct Shift.   

Land Cruiser 300 dibina di atas platform TNGA-F baharu bersama suspensi jenis double wishbone di hadapan dan 4-link coil di belakang. 

Varian GR-Sport yang lebih mantap dipandu di laluan off-road, ia dilengkapi fungsi Electronic Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS), sistem kawalan kestabilan baharu dan suspensi boleh ubah adptif.

SUV tersebut menjanjikan keselesaan maksimum kepada pemandu dan penumpangnya. Jadi, ia dilengkapi pelbagai ciri seperti 

Sebagai model paling mewah, Land Cruiser 300 hadir dengan ciri keselayam Toyota Safety Sense (TSS) dan sistem ketersambungan T Intouch. T Intouch ialah teknologi telematik yang menghubungkan kenderaan dengan aplikasi telefon pintar TOYOTA. 

SUV berkenaan boleh dimiliki pada harga bermula Rp2,327,800,000 (RM680,000) hingga Rp2,381,800,000 (695,500).  

Google ads
Back to top button