
YAMAHA R1 GYTR SPECIAL EDITION JADI HADIAH PERPISAHAN VALENTINO ROSSI
Yamaha menghadiahkan Valentino Rossi jentera R1 GYTR VR46 Tribute sebagai tanda penghormatan sempena persaraan legenda sukan pemotoran itu di EICMA 2021, Milan, Itali.
Jentera edisi khas itu mendapat sentuhan pereka topi keledar dan juga merupakan kawan baik jaguh dari Itali tersebut iaitu Aldo Drudi.
Motosikal yang didatangkan livery menarik dan warna terang berkenaan dilengkapi aksesori pretasi tinggi Genuine Yamaha Technology Racing (GYTR).

R1 GYTR VR46 Tribute mendapat khidmat enjin 998cc cross-plane inline-four dipadankan aksesori GYTR seperti pendikit elektronik, kit radiator, klac slipper, set bar hendal, head gasket, set rim Marchesini dan sistem ekzos Akrapovic.
Dalam pada itu, Team Blue yang bertanggungjawab dalam pembangunan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) turut menyumbang menghasilkan kit fairing dan subframe gentian karbon serta tangki berkapasiti mencecah 22L.

Jentara khas terbabit turut dilengkapi ECU REX 140 Marelli, suspensi Ohlins, papan pemuka Chrome Lite dengan GPS, kit sensor, penapis udara spec-WorldSBK dan sistem brek Brembo.
R1 GYTR VR46 Tribute mungkin tidak sama seperti YZF-M1 yang menjadi kesayangan Rossi tetapi jentera edisi khas berkenaan adalag penghormatan sumbangan The Doctor kepada jenama Yamaha. – rideapart
- BACA: KLON YAMAHA R1. 4 PILIHAN ENJIN, NAMA IKUT PENGEDAR NAK LETAK APA, BAKAL DIPASARKAN KE SELURUH DUNIA
- BACA: WAYNE RAINEY SEBAK DIBERI PELUANG TUNGGANG YAMAHA R1 DI LITAR BUTTONWILLOW, CALIFORNIA
- BACA: GURU LELAKI BAWA YAMAHA R1 DITAHAN TERLIBAT DALAM LUMBA HARAM
- BACA: YAMAHA R1 & R1M 2020 DIDEDAHKAN – LEBIH POWER & AERODINAMIK!