
LIFAN PERKENAL KPV 150 2022. HARGA BERMULA RM10,000 SEUNIT, PENCABAR HONDA ADV 150?
Pengeluar automotif dan motosikal, China, yang terkenal mengeluarkan kenderaan kos rendah memperkenalkan skuter adventure KPV 150 2022.
Skuter adventure terbaharu yang dinaik taraf dengan varian mesra off-road itu ditawarkan pada harga AS$2,400 (RM10,023) di pasaran China.
Ia didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu kelabu, putih, kuning dan biru.
Lifan KPV150 dilengkapi lampu utama LED dengan DRL, kluster instrumen LCD, hendal bar boleh laras, port pengecas 12V serta USB dan rim aloi aluminium berwarna emas dibaluti tayar tubeless.
Selain itu, ia turut hadir dengan cermin hadapan yang besar, rack belakang baharu dan rekaan badan mantap dalam menyerlahkan sisi lasak serta sporty skuter terbabit.
Skuter tersebut mendapat khidmat enjin silinder tunggal berkapasiti 149.3 cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 12 hp.
Lifan KPV150 dijangka akan memberi saingan sengit kepada Honda ADV 150 di pasaran China.-rideapart
- BACA: LIFAN LANCAR KPM 150 CAFE RACER. HARGA BERMULA RM7,700 SEUNIT
- BACA: LIFAN CUB-ADV 125. GABUNGAN KAPCAI DAN MOTOSIKAL ADVENTURE YANG SERUPA LIPAN
- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER ADVENTURE SR GT 125 & 200. MAMPU GUGAT HONDA ADV?
- BACA: HONDA ADV150 LOSS WHITE UNTUK PASARAN JEPUN. TERHAD 1,000 UNIT, BERMULA RM16,945