Motosikal

PENGANJUR MOTOGP CADANG NAMAKAN TROFI SEMPENA VALENTINO ROSSI

Valetino Rossi yang mengambil keputusan bersara dalam mewarnai kancah MotoGP menyebabkan ramai peminat menitiskan air mata.

Juara Dunia sebanyak sembilan kali itu, meninggalkan lapangan selepas mencurah keringat selama 26 tahun dalam perlumbaan GP.

Memiliki karisma tersendiri, tunggangan agresif dan kemahiran persembahan menarik serta menghiburkan membuatkan The Doctor menarik ramai peminat dalam sukan terbabit.

Biarpun, Rossi akan terus berada di paddock bersama pasukannya memasuki musim baharu.

Penganjur MotoGP mempertimbangkan kaedah terbaharu dalam meneruskan legasi Rossi terus ‘hidup’ dalam kejohanan berkenaan.

Pengurusan tertinggi MotoGP sedang mempertimbangkan trofi yang bakal dinamakan sempena Valentino Rossi untuk dianugerahkan kepada para pelumba terbaik dalam kelas teratas.

Dengan para pelumba sudah memperoleh hadiah menaiki podium tempat pertama dan kedudukan petak pertama, penganjur perlu menentukan metrik mengukur trofi Valentino Rossi.

Berdasarkan laporan yang bocor, Dorna telah memperinci beberapa pilihan seperti pusingan paling pantas, memotong dan pelumba terbaik.

Sepanjang karier selama 22 tahun di MotoGP, Rossi mencatatk sebanyak 76 pusingan terpantas dan menerajui senarai para pelumba.

Jika Dorna memilih laluan tersebut, ia kemungkinan trofi itu akan dianugerahkan kepada pelumba yang mencatatkan pusingan terpantas melalui setiap perlumbaan atau pelumba mengutip pusingan terpantas paling banyak sepanjang musim. –rideapart

Google ads
Back to top button