Buletin

KOLEKSI JENTERA SULTAN BRUNEI LAGI MAHAL BERBANDING KELAB MU

Koleksi jentera mewah dimiliki Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak, Manchester United.

Menurut laporan Daily Star, Sultan Hassanal mempunyai koleksi kenderaan mewah bernilai empat bilion pound (RM22.57 bilion).

Red Devils yang merupakan antara skuad paling berharga di dunia pula dilaporkan bernilai sekitar 3.08 bilion pound (RM17.38 bilion).

Sultan Hassanal memiliki sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, lebih 570 kereta Mercedes-Benz, lebih 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley di garajnya.  

Dilaporkan, Sultan Hassanal memiliki nilai kekayaan bersih sekitar 13 bilion pound (RM73.36 bilion).

Anak saudara Sultan Hassanal iaitu Faiq Bolkiah merupakan pemain bola sepak yang dianggap paling kaya di dunia.   

Faiq, 23, pernah beraksi bersama pasukan Chelsea dan Leicester City. –DailyStar/UTUSAN

Google ads
Back to top button