
HONDA CIVIC TYPE R-S, LEBIH RINGAN SEBAB NAK KALAHKAN RENAULT
Honda Civic Type R FL5 merupakan sebuah jentera yang mengagumkan dengan catatan masa 7 minit 44.881 dalam litar Nurburgring yang baru yang mengandungi lebih daripada 150 selekoh. Litar baru ini adalah sepanjang 20.8km berbanding dengan litar lama 20.6km
Catatan masa ini adalah setengah saat lebih pantas daripada Renault Megane RS Cup namun Honda tidak menggunakan FL5 yang biasa dijual, sebaliknya menggunakan model istimewa yang dikenali dengan nama Type R-S. Ia masih menggunakan enjin K20 2000cc 4 silinder turbo, tetapi menjana sehingga 325 kuasa kuda berbanding dengan varian biasa 315 kuasa kuda
Bukan itu sahaja, Honda Civic Type R-S juga perlu mengikuti “diet” yang ketat berbanding dengan model biasa. Walaupun skrin multimedia 9 inci dikekalkan, skrin ini tidak menyediakan ciri penunjuk arah berasaskan satelit (satelit navigation) dan juga tidak dipasang dengan sistem penyaman udara.
Beberapa aksesori yang tidak penting juga telah dibuang seperti tonneau cover, sensor parkir dan cangkuk untuk memasang jaring di ruang kargo. Honda juga menggantikan cermin pandang belakang automatik dengan cermin biasa dan sunvisor yang tidak diberikan lampu LED
Cermin sisi pula menggunakan cermin biasa tanpa bantuan kuasa elektrik dan juga tanpa ciri pemanasan, satu ciri yang penting bagi negara yang mengalami musim sejuk. Honda juga tidak menggunakan tayar yang sama digunakan pada kebanyakan model Honda Civic Type R.
Sebaliknya tayar Michelin Pilot Sport 4S digantikan dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 semi slick yang biasa digunakan oleh Porsche 911 GT3 RS. Kelebihan tayar ini ialah ia mampu menghantar data secara langsung kepada pemilik dengan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.
We’re still waiting to see if we can uncover how much weight this crash diet saves but as a guide the LE weighed 104 lbs (47 kg) less than a regular Type R, though it did have the help of some special forged alloy wheels. As for the engine and suspension, both are unchanged.
Tayar Michelin Pilot Cup 2 Connect ini adalah tayar yang sah boleh digunakan di atas jalan raya, tetapi anda perlu membelinya terus dari Michelin. Walaupun tidak dinyatakan berapa ringan berat Civic Type R-S ini, ia membuktikan Honda mampu mengalahkan Renault dalam masa setengah saat.


