VIRAL PEMUDA BOGEL ATAS MOTOSIKAL. RUPANYA KALAH TARUHAN FINAL LIGA JUARA-JUARA
Seorang pemuda sanggup berbogel atas motosikal di jalan dekat daerah Klaten, Indonesia sehingga video berkenaan menjadi viral dipercayai selepas kalah pertaruhan aksi akhir Liga Juara-Juara.
Pada mulanya, jurucakap polis Klaten, Andriansyah Rithas Hasibuan berkata, remaja itu bersama rakan-rakannya bergurau membuat taruhan pasukan mana yang akan menjuarai perlawanan akhir Liga Juara-Juara melibatkan Chelsea dan Manchester City.
“Kesemua mereka sepakat, sesiapa yang kalah pertaruhan perlu berbogel,
“Bagaimanapun, selepas selesai perlawanan tiba-tiba si pelaku yang kalah telah berbogel di atas motosikal,” katanya.
Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Polis Klaten, Nahwori memaklumkan kesemua remaja tersebut sudah disoal siasat berhubung video tersebut.
Katanya, seramai lima orang terlibat dalam insiden berkenaan.
“Mereka boleh didakwa di bawah Undang-Undang Pornografi dan Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik,” ujarnya. – kompas