Motosikal

VIRAL ‘JOHN WICK’ LAYAN PERTANYAAN PEMINAT PASAL ARCH KRGT-1 KUSTOM

Keanu Reeves merupakan adalah antara bintang Hollywood yang akan meluangkan masa bersama peminat malah memiliki watak rendah diri sehingga menjadi viral di media sosial.

Peneraju filem John Wick itu sekali lagi menjadi perhatian apabila melayan pertanyaan para peminat berhubung motosikal kustom Arch KRGT-1 miliknya di Malibu, California, Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan dalam rakaman klip yang berlegar di media sosial, Keanu sedang menunggang motosikal kustom Arch KRGT-1 sebelum didatangi beberapa peminat.

Mereka memberi pujian dan bertanya berhubung jentera didatangkan enjin berkembar V 2032 cc dipadankan suspensi depan dan belakang Ohlins serta Arch.

Selain itu, jentera kustom berkenaan turut dilengkapi rim karbon dengan rekaan sporty dan jarak roda yang panjang.

Pelakon berkenaan terus melayan pertanyaan perminat yang didatangi dengan senyuman selama beberapa minit sebelum berlalu pergi menunggang semula jentera kustom itu.

Keanu merupakan pengasas Arch Motorcycles bersama sahabatnya, Gard Hollinger yang dibangunkan pada tahun 2011.

Pada mulanya, pelakon itu hanya ingin membangunkan motosikal idamannya sahaja. Begitupun, perbincangan antara dua sahabat itu bertukar menjadi penubuhan syarikat motosikal idaman.

Biarpun, tidak semua orang mampu memiliki motosikal kustom berkenaan, selepas 10 tahun, kedua sahabat ini masih membangunkan motosikal kustom idaman orang ramai dengan sentuhan ‘jiwa’ tersendiri mengikut cita rasa para pelanggan. – agensi

Google ads
Back to top button