Buletin

VOLKSWAGEN GOLF GTI VERSI FACELIFT DIDEDAHKAN – BUTANG FIZIKAL DIKEMBALIKAN, TEKNOLOGI INFOTAINMEN CHATGPT

Setelah memperkenalkan Volkswagen Golf GTI generasi kelapan (Mk8) empat tahun lalu, laporan baru-baru ini mendedahkan hatchback berkenaan bakal muncul dalam versi facelift.

Melalui set imej Golf GTI 2025, ia memaparkan bukan sahaja dikemaskini dari segi reka bentuk tetapi turut merangkumi aspek kelengkapan seperti teknologi infotainmen ChatGPT baharu serta menggantikan panel sesentuh.

Di bahagian luar, ia dipadankan dengan lampu depan dan belakang yang direka semula, spoiler belakang seakan spoiler Clubsport serta diserlahkan lagi melalui rim Estoril 19-inci.

Di bahagian dalam, VW mengembalikan butang fizikal pada stereng, menggantikan panel sentuhan, membuktikan bahawa VW mendengar kritikan terhadap reka letak dalaman Mk8 semasa.

Selain itu, kelengkapan lain boleh kita lihat ialah suis Golf daripada sistem infotainment yang agak kecil dan dibenamkan ke papan pemuka atas, kepada paparan gaya tablet seperti terdapat pada kereta VW terbaharu lain – ID.7, ID.4 baharu Passat serta Tiguan.

Dari segi mekanikal, VW tidak menggariskan perubahan powertrain, tetapi kami menjangkakan GTI akan kekal dengan turbo-empat 2.0 liter yang telah diuji, kemungkinan besar berupaya menghasilkan 241hp dan 370Nm.

GALERI:

Google ads
Back to top button