
VW GOLF MK9 AKAN JADI ELEKTRIK SEPENUHNYA, BERASASKAN PLATFROM SSP
VW Golf ialah salah satu model Volkswagen yang paling ikonik dan baru-baru ini, laporan mendedahkan bahawa model generasi kesembilan akan menjadi elektrik sepenuhnya.
Menurut Autocar, Volkswagen Golf Mk9 akan berasaskan daripada platform SSP, menggantikan platform MEB.
Selain itu, platform berkenaan juga akan digunakan oleh jenama premium lain seperti Audi, Porsche, sekali gus menjadikan VW Golf generasi baharu sebagai hatchback paling maju dari segi teknologi.

VW juga mereka bentuk bateri baharu serta senibina 800v, di mana ia dapat mengecas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 12 minit.
Bukan itu sahaja, SSP juga sedang direka bentuk dengan mengambil kira pemanduan autonomi serta ciri terhubung lain.
Memandangkan platform tersebut dibangunkan untuk kenderaan Porsche serta Audi, ia akan menjadi lebih pantas dan bos jenama VW, Thomas Schäfer menjelaskan, syarikat kini menuju ke arah elektrik.
Tambahnya, penggunaaan nama GTX untuk model prestasi juga akan diganti dengan lencana GTI dan R.
“Anda memerlukan model yang menarik. R sentiasa menjadi tempat menarik kami. Kami telah menghabiskan banyak masa dan wang untuk mendapatkan jenama itu, dan kami tidak akan melepaskannya.
“Tetapi kami hanya akan memanggilnya R jika ia R dari segi prestasi, dari segi pacuan semua roda,” kata Schäfer.









