" "
Buletin

ORA GOOD CAT DITALA SEMULA OLEH LUMGA DESIGN, ALA-ALA PORSCHE 911 GT3 RS – LEBIH GARANG, SPORTY

Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2020, Ora Good Cat binaan China sememangnya menarik perhatian dengan gayanya yang retro.

Baru-baru ini, penala dari Thailand, Lumga Design, mencuri tumpuan apabila mencipta bodykit untuk EV berkenaan, menjadikannya kelihatan seperti versi hatchback Porsche 911 GT3 RS.

Lumga Design berpangkalan di daerah Lam Luk Ka di Thailand dan mencipta kit visual untuk beberapa model Cina termasuk BYD Dolphin dan MG 3.

Namun, tiada apa yang lebih menonjol daripada Ora Good Cat “GT3 RS”, dikatakan telah wujud lebih setahun tetapi baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

Dengan bampar direka bentuk semula, ciri-ciri tersebut digabungkan dengan insang gaya GT3 pada spatbor hadapan, memberikan imej Porsche yang kuat, selain dipadankan bersama skirt sisi, dwi spoiler di belakang, sementara lampu depan pula dikelilingi trim hitam.

Ia juga diserlahkan lagi dengan satu set rim aloi yang lebih sekaligus menjadikan bodykit itu masuk akal – sekurang-kurangnya dari sudut visual.

Penala tidak menawarkan sebarang peningkatan prestasi atau casis, bermakna di sebalik gaya GT3 RS, ia dilengkapi motor elektrik yang dipasang di hadapan, menghasilkan 143hp dan mempunyai pek bateri 63.1 kWj, membolehkan julat sehingga 400km.

Jika anda tertanya-tanya tentang kos untuk menaik taraf Ora Good Cat kepada rupa GT3 RS, bodykit itu tersedia dipesan melalui syarikat bernama Amotriz, berharga AS$1,200 (RM5,572).

Berdasarkan laman Facebook rasmi Lumga Design, terdapat beberapa pemilik EV di Thailand yang memilih penampilan Porsche dalam konfigurasi berbeza.

GALERI:

Google ads
Back to top button