HONDA CIVIC RS DIPERKENALKAN KE PASARAN JEPUN DENGAN TRANSMISI MANUAL – ARIGATO GOZAIMASU HONDA
Honda baru saja lancarkan Civic facelift baharu ke pasaran Jepun dan varian yang paling menarik perhatian semestinya ialah Civic RS dengan suspense yang lebih sporty, rev-matching dan paling syok sekali semestinya transmisi enam-kelajuan manual.
Yaa, tak payah la nak bagi alasan jalan KL jem ke, kaki krem balik kampung raya 20 jam ke atau apa alasan sekali pun. Transmisi manual tetap jadi pilihan untuk lelaki era 70 an macam kami (tapi bukan semua la). Tak suka beli je la varian auto, ko guano abe dio?
Secara kasarnya, Honda Civic RS ni kelihatan hampir sama dengan model konsep yang ada di Tokyo Auto Salon baru-baru ini. Bumper rekaan baharu diperkenalkan untuk kesemua varian tapi pada varian RS ia sedikit berbeza.
Ia mempunyai emblem khas (alah emblem ni ramai je pakai dekat Axia dan Myvi), kemasan yang lebih gelap, rim 18 inci warna hitam dan paip ekzos yang berfungsi sepenuhnya (bukan spec ekzos buluh ye).
Kalau kat AS Honda Civic Si cuma ditawarkan dengan badan sedan, Civic RS JDM ini menggunakan badan hatchback lima-pintu. Lebih sporty gitew.
Nak lagi ngam boleh je naiktaraf dengan pelbagai aksesori dalam katalog Honda Access. Tengok je spoiler belakang ala Type R tu. Gempak kan? Tapi kalau nak santai sikit boleh je pilih spoiler ducktail yang lebih zuhud.
Banyak lagi garnish ataupun penambahan yang boleh dilakukan untuk men’sporty’kan lagi kereta ini dan kelihatan matching. Asalkan jangan la buat macam Civic ketam standard pekak berlagak nak jadi Type R. Hudoh wei kak dio.
Bahagian dalaman kekal macam biasa la cuma untuk varian RS ia mempunyai sedikit hiasan merah di sana sini. Eleh kalau datang Malaysia sahih pemilik akan tepek emblem Type R sopi motosport.
Cuma spesialnya Honda Civic RS ni ialah tiada ada varian lain yang ditawarkan dengan transmisi manual. Hanya Civic RS ni satu-satunya. Mantap tak? Baru la boleh geng dengan Miata abang.