Artikel Pilihan

VOLVO BERHATI MULIA, TAK CLAIM PATEN TALI PINGGANG KESELAMATAN

Sekitar 62 tahun yang lepas, Vattenfall iaitu sebuah syarikat pembekalan tenaga elektrik di Sweden bertekad untuk mengurangkan kadar kematian pekerja mereka sewaktu berkerja. Pengurusan syarikat mengarahkan 2 jurutera keselamatan mereka iaitu Bengt Odelgard dan Per-Olof Weman mengkaji punca kematian dalam kakitangan syarikat.

Apa yang mengejutkan ialah, mereka menemui bukti yang kebanyakan punca kematian pada kakitangan syarikat ialah kematian di jalan raya. Di negara bersalji, jalan yang licin menyebabkan kereta terbabas dan pemandu tercampak keluar dari kereta. Sebagai tindak balas, kedua dua jurutera mereka satu sistem tali pinggang keselamatan dalam kereta untuk mengelakkan pemandu tercampak atau menghentam roda stering.

Rekaan ini kemudian dihantar kepada syarikat pengeluar kenderaan nasional iaitu Volvo. Di sini, jurutera Volvo iaitu Nils Bohlin memperkemaskan lagi rekaan tali pinggang keselamatan ini dengan rekaan tali pinggang 3 poin yang menahan pinggang dan juga bahu dan mula menjadi peralatan wajib pada kereta Volvo semenjak tahun 1959

Nils Bohlin

Bohlin membuktikan keberkesanan tali pinggang keselamatan melalui 28,000 kajian kemalangan di Sweden. Penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan manakala penumpang yang memakai tali pinggang keselamatan tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada halaju di bawah 100km/h.

Pada 10 Julai 1962, Pejabat Paten Amerika menganugerahkan no paten 3043625 kepada Nils Bohlin atas rekaan tali pinggang keselamatan 3 poin yang direka olehnya bagi kereta Volvo. Paten ini diberikan memandangkan kereta Volvo telah dijual di Amerika semenjak tahun 1950an lagi

Bohlin menulis keterangan paten “bagi membekalkan tali keselamatan secara bebas yang bersambung dengan kerusi dan badan kereta yang mampu menahan bahagian atas dan bawah tubuh penumpang dalam kemalangan. Ia mampu digunakan dengan pantas dan dibuka dengan cepat”.

Lakaran awal dalam paten

Namun pengurusan Volvo tidak tamak seperti Harimau Menangis yang berpadangan, komuniti jurutera dan industri automotif perlu bekerjasama dalam menggalakkan pemasangan tali pinggang keselamatan dipasang pada semua kenderaan di dunia. Paten 3043625 rekaan Nils Bohlin dan Volvo dibuka kepada semua syarikat automotif dan mereka boleh menggunakan rekaan ini pada kereta mereka tanpa sebarang bayaran kepada Volvo. Free, tak payah bayar satu sen pun.

Pada tahun 2009, Volvo menganggarkan lebih 1 juta nyawa berjaya diselamatkan dengan pengenalan tali pinggang keselamatan 3 poin yang diperkenalkan oleh mereka tanpa royalti. Terima kasih Nils Bohlin dan terima kasih Volvo.

Google ads
Back to top button