Buletin

PASANGAN PENGANTIN BAHARU AKAD NIKAH DEPAN VAN JENAZAH

Pasangan pengantin baharu terpaksa menjalani akad nikah di depan van jenazah berikutan bapa kepada mempelai wanita meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut laporan Tribunnews, rakaman video akad nikah yang berlaku pada 10 Januari lalu di Dusun Gambiran, Kampung Takeran, Magetan, Jawa Timur, Indonesia itu menjadi viral di media sosial

Melalui rakaman tersebut, kelihatan dua lelaki sedang bersalaman sambil seorang pengantin perempuan memakai sepersalinan serba putih.

Menurut rakan pengantin perempuan, Abdul Azis, sebelum akad nikah dilaksanakan, jenazah tersebut disolatkan di surau milik keluarganya. 

Video berdurasi 29 saat dimuat naik dalam media sosial dan rata-rata netizen terharu ketika kedua-dua pengantin selesai menjalani upacara tersebut. 

Netizen turut mendoakan mereka menjadi pasangan keluarga bahagia dan jenazah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. -Tribunnews

Google ads
Back to top button