
VOLVO CARS MALAYSIA CATAT JUALAN 1,883 UNIT PADA 2019. TERBAIK DALAM SEJARAH
2019 merupakan tahun yang cukup mengagumkan bagi Volvo sebagai satu jenama antarabangsa.
Buat kali pertama, Volvo berjaya mencapai jualan melebihi 700,000 dengan jumlah sebanyak 705,452 unit. Di peringkat tempatan pula, Volvo Car Malaysia mencatat rekod jualan tertinggi sebanyak 1,883 unit.
“Walaupun perkembangan segmen kenderaan premium di Malaysia kurang memberangsangkan, Volvo berjaya mencapai pertumbuhan tahun-ke-tahun tertinggi sebanyak 36.1% bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain.

Antara pencapaian pada tahun 2019 termasuklah:
- Perkongsian pasaran yang kukuh untuk kenderaan Plug-In Hybrid
- Melancarkan 3 kereta baharu: XC40 T5 CKD, S60 T8 dan XC90 facelift
- Melancarkan 5 pusat jualan baharu: Setia Alam (Motion Beyond), Johor Bahru (Pekin Auto), Mutiara Damansara (Ingress Swede Automobile), Ipoh (iRoll Ipoh) dan Ara Damansara (Sime Darby Swedish Auto)
- Menjadi salah satu daripada dua pasaran di Asia Pasifik pertama melancarkan pusat jualan 100% Volvo Retail Experience
Dengan momentum ini, 2020 dijangka menjadi tahun yang cukup bermakna untuk Volvo dengan dua lagi kereta baharu – S60 T8 CKD dan S90 Facelift.
Sebuah pusat jualan di Kota Kinabalu juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mulai 1 Januari 2020, pembelian kenderaan PHEV akan didatangkan dengan jaminan bateri PHEV selama 8 tahun.
Dengan matlamat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40% menjelang 2025 dan menjadi karbon neutral menjelang 2040, Volvo akan mengurangkan pengeluaran karbon dalam keseluruhan rangkaian pengeluaran, bekalan dan melalui pendekatan kitar semula bahan.
Komitmen ini juga mendorong cita-cita Volvo supaya sekurang-kurangnya 25% daripada plastik yang digunakan untuk membina kereta-kereta baru menjelang 2025 adalah hasil daripada barangan kitar semula.

Sempena Tahun Baru Cina kali ini, Volvo menawarkan promosi menarik untuk model-model terpilih. Pelanggan yang membeli Volvo XC40 T5 R-Design akan menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (VSA 5+).
Bagi XC90 T5 Momentum dan S90 T5 Momentum pula, pembeli bakal menerima angpow bernilai RM23,888 bersama pakej VSA 5+.
Model-model PHEV terpilih juga didatangkan dengan Pakej ‘Recharge’ bernilai RM10,000 bersama pakej VSA 5+. Tawaran ini sah sehingga 29 Februari 2020, tertakluk kepada terma dan syarat.