
BIJAK SUNGGUH CARA VOLVO SETELKAN TURBOLAG
Turbo lag merupakan satu masalah yang biasa dihadapi oleh jurutera dalam menghasilkan enjin turbo yang bagus. Dah macam – macam kaedah yang dibuat oleh jurutera seperti menggunakan bahan yang lebih ringan agar inertia turbin lebih baik, sambungkan turbo dengan supercaj, dan juga gandingkan sistem turbo dengan sistem hibrid. Tapi sebenarnnya ia akan menjadikan keseluruhan sistem lebih kompleks.
Keep it simple stupid adalah sebenarnya lebih bagus kerana semakin ringkas satu sistem, semakin bagus dari segi aspek penyelenggaraan dan juga keboleharapan sistem. Apabila kita menekan pedal minyak dan enjin serta turbo mengambil masa yang agak lama untuk bertindakbalas, sudah pasti ia bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Jadi Volvo memperkenalkan teknologi power pulse khas untuk mengatasi masalah turbo lag pada enjin turbo disel mereka

Komponen bagi teknologi power pulse ini juga agak ringkas sebenarnya. Ia terdiri daripada pam elektrik yang bertindak sebagai pemampat udara dan juga tangki udara tekanan tinggi yang akan dipasang di dalam ruangan enjin. Pemampat pam udara ini akan dikuasakan dengan elektrik akan sentiasa memampatkan udara ke dalam tangki tekanan tinggi sekiranya ia mengesan tekanan udara di dalam tangki berkurang.
Udara yang diammbil merupakan udara yang telah dibersihkan melalui penapis udara enjin. Tangki udara tekanan tinggi ini akan menyimpan udara yang telah dimampatkan tadi tapi bukannya untuk mengempam tayar. Apabila pemandu bercadang untuk mula memecut dengan pantas pada halaju rendah, kereta dengan enjin turbo memerlukan beberapa ketika bagi menghasilkan tekanan gas ekzos yang cukup untuk menjana turbin.

Tapi dengan sistem power pulse, sebaik sahaja memijak lantai minyak rapat ke lantai, ECU akan menghantar isyarat kepada injap agar melepaskan udara tekanan tinggi ini dengan segera terus kepada manifold ekzos seterusnya menghasilkan tekanan yang cukup bagi menjana sistem turbo. Turbo akan berputar dengan laju, menyedut lebih udara dengan efektif bagi menghasilkan kuasa enjin dengan pantas. Apa yang pemandu rasa ialah pecutan yang pantas tanpa fenomena turbo lag
Apabila tekanan udara di dalam tangki udara ini berkurang, sistem power pulse akan mengisi semula udara yang berkurang secara automatik bagi memastikan sistem ini sentiasa bersedia menghamburkan kuasa bagi membantu turbo mengatasi masalah turbo lag. Bagi penulis ia merupakan solusi kepada masalah turbo lag yang biasa dialami oleh enjin turbo.

Dan ia masih lebih ringkas berbanding dengan pendekatan Volvo sebelum ini yang menggabungkan teknologi supercaj, turbocaj, teknologi motor elektrik bagi pendekatan hibrid dengan pengecasan konvensional. Makin lama makin menjadi-jadi pulak volvo ni ya. Anda boleh baca berkenaan teknologi enjin S60 T8 di SINI.