Buletin

TOYOTA TERIMA KEBENARAN BINA EV & PLUG-IN HYBRID DI THAILAND. MAHU LABUR RM8 BILION DI INDONESIA

Toyota Motor Corp dilapor telah menerima kebenaran rasmi untuk menghasilkan kenderaan elektrik dan plug-in hybrid di Thailand sebagai sebahgian polisinya mengembangkan jualan EV di peringkat global. 

Dengan kelulusan daripada Lembaga Pelaburan Thailand (BoI) yang berkuat-kuasa pada 7 Januari itu, Toyota perlu memulakan produksi dalam tempoh tiga tahun.

Ini bagi memperoleh manfaat pengecualian cukai pendapatan korporat, walaupun ia tidak akan dikenakan penalti sekiranya pelan tersebut tidak dijalankan. 

“Kami akan mengkaji langkah-langkah yang perlu diambil, selari dengan terma-terma kelebihan pelaburan ini,” jelas jurucakap Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co, divisyen kereta kompak Toyota di Thailand. 

Perincian mengenai model dan jadual produksi masih belum dimuktamadkan. Toyota dikatakan merancang untuk mengilang kenderaan di kilang Gateway di wilayah Chachoengsao. 

Pada tahun 2017, Toyota meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1 juta kenderaan elektrik dan sel bahan api menjelang 2030. 

BoI memperkenalkan ksim menfaat cukui untuk EV dan plug-in hybrid pada Mac 2017 untuk menggalakkan pelaburan kenderaan mesra alam. Selain, Toyota, pengeluar Jepun lain yang turut memohon skim itu termasuklah Mazda, Nissan dan Mitsubishi. 

Dalam perkembangan berkaitan, Toyota juga akan melabur sebanyak AS$2 bilion (RM8 bilion) untuk membangunkan EV di Indonesia dalam tempoh empat tahun lagi, bermula dengan model hibrid. 

“Bermula tahun 2019 hingga 2023, kami akan meningkatkan pelaburan secara progresif kepada 28.3 trilion rupiah (RM8 bilion),” kata Presiden Toyota, Akio Toyoda. 

Mazda CX30

Indonesia dikatakan memiliki banyak bekalan bijih nickel laterite, bahan penting dalam penghasilan bateri lithium-ion, sekali gus menarik minat pengeluar kenderaan asing melabur di sana. 

Tags
Google ads
Back to top button