Buletin

PUSAT LATIHAN SERANTAU VOLVO CAR DILANCARKAN DI PETALING JAYA

Volvo Car Malaysia (VCM) semalam melancarkan Pusat Latihan Serantau Volvo Car yang terletak di Menara Symphony, Seksyen 13, Petaling Jaya

Ruang itu berfungsi dalam menjalankan latihan bidang teknikal dan bukan teknikal sebanyak 7,500 jam kerja bagi kakitangan dan pengedar kereta Volvo di seluruh rantau Asia Pasifik.

“Malaysia merupakan hab yang paling sesuai kerana negara ini menawarkan infrastruktur yang baik dan tenaga kerja tempatan berkemampuan melaksanakan fungsi-fungsi serantau.

“Pusat latihan dan perkhidmatan perkongsian yang lain seperti Kluster Kewangan, Hab Teknikal dan Perolehan yang beroperasi di sini dijangka menjana keuntungan perkhidmatan eksport lebih RM100 juta dalam masa lima hingga tujuh tahun akan datang,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain.

Volvo dilihat terus komited untuk meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan Volvo. Rangkaian pusat pengedar Volvo di Malaysia kini dilengkapi pasukan selepas jualan terlatih.

Pada tahun 2019, 90 peratus pusat pengedar Volvo telah dilengkapi perisian Volvo Personalised Service (VPS).

Ia membolehkan Volvo memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, sekali gus meningkatkan lagi prestasi perniagaannya.

Google ads
Back to top button