Buletin

VOLVO TERUS CEMERLANG, LAKU KERAS DI CHINA

Tahun 2019 tinggal lagi tiga bulan dan ia adalah tempoh penting buat pengeluar kenderaan. Pengeluar yang telah mendahului sasaran jualan boleh tersenyum dan Volvo Cars mencatat prestasi baik sepanjang sembilan pertama tahun ini.

Jualan dari Januari sehingga September 2019 meningkat 9.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Volvo berjaya memperolehi jualan sebanyak 507,704 unit di serata dunia.

Pasaran utama seperti Eropah, China dan Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan jualan yang baik dengan perkembangan lebih pantas berbanding industri seterusnya memperolehi pegangan pasaran merentasi rantau tersebut.

Pada bulan September, Volvo Cars berjaya menjual 64,536 unit kenderaan dengan peningkatan 6.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Prestasi sembilan bulan pertama itu disokong oleh permintaan kuat yang berterusan untuk model-model SUV dengan XC60 paling popular disusuli XC40 dan XC90.

Model tradisional seperti V60 estate (wagon), V60 Cross Country dan S60 turut membantu dalam peningkatan jualan.

Jualan di Eropah ialah sebanyak 247,610 unit, meningkat enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan di rantau ini diterajui oleh prestasi di United Kingdom dengan peningkatan 19.3 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selain UK, kenderaan Volvo Cars popular di Jerman dengan peningkatan 24.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Di Amerika Syarikat, jualan yang diperolehi meningkat 4.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 77,432 unit kenderaan.

Model paling popular di rantau itu ialah XC90 dan XC60.

Jualan di China pula seronok untuk dibaca dengan jumlah sebanyak 109,512 sepanjang sembilan bulan pertama. Angkat itu meningkat 13.8 peratus berbanding tempoh sama tahun 2018.

Model paling digemari di sana ialah XC60 dan S90.

Secara keseluruhan, XC60 paling banyak dibeli pelanggan global dengan jualan sebanyak 145,629 unit berbanding 134,975 unit tempoh sama tahun lalu.

Kedua popular ialah XC40 dengan jualan sebanyak 95,475 unit (2018: 48,543 unit) dan berada di tangga ketiga ialah XC90 yang memperolehi jualan sebanyak 71,830 unit (2018: 70,329 unit).

Apa yang boleh dilihat di sini ialah tumpuan Volvo Cars pada siri SUV dan pasaran China adalah tepat dan sedang membuahkan hasil dan penghargaan serta ucapan terima kasih harus diberikan kepada Geely!

BACA: VOLVO XC90 R-DESIGN TAMPIL GARANG DENGAN IMEJ SUV SPORT

BACA: VOLVO 480 – SEBUAH LAGI MODEL SPORTY YANG KITA PATUT TAHU

BACA: VOLVO 1800ES – WAGON SPORTY ERA ROLLING STONES

Tags
Google ads
Back to top button