Buletin

VOLVO XC40 FACELIFT 2020 – ENJIN BAHARU, SISTEM AWD, KOTAK GEAR 8-KELAJUAN

Walaupun baru diperkenalkan pada tahun 2017, SUV kompak Volvo XC40 kini sudah tampil dengan model facelift untuk pasaran United Kingdom. 

Ditawarkan pada harga £28,965 (RM150,560) seunit, XC40 kini didatangkan dengan varian T4 bersama pacuan semua roda (AWD). T4 menggunakan enjin empat selinder turbo bersesaran 2.0 liter. 

Sementara varian T3 menggunakan enjin tiga selinder yang lebih berkuasa iaitu 163hp berbanding 156hp sebelum ini dan dikatakan lebih efisien, sekitar 6.8l/100km.

Transmisi lapan kelajuan turut ditawarkan buat pertama kalinya bersama kotak gear manual enam kelajuan sedia ada. 

Bukan itu sahaja, XC40 facelift diinspirasikan daripada varian R-Design, jadi ia didatangkan dengan paddle shifter sebagai ciri standard. Selain jaring pada ruang kargo belakang, glovebox boleh dikunci, port kuasa 12V dan cemin sisi boleh lipat secara automatik. 

Jika membeli pakej Winer Plus, ciri pemanas akan dipasang pada stereng, tempat duduk, cermin hadapan dan sistem pembersih lampu utama.   

Peralatan standard pula terdiri daripada sistem infohibur bersaiz 9 inci, kawalan suara, navigasi satelit, kawalan suhu dua zon, lampu utama LED, sensor parkir belakang dan rim bersaiz 18 inci.  

XC40 2020 hadir dengan tiga warna baharu iaitu kelabu, perak dan Thunder Grey. Ia juga akan dibekalkan dengan rangkaian kuasa plug-in-hybrid T5 Twin Engine. Sebelum diikuti oleh model elektrik sepenuhnya bermula hujung tahun depan. 

Tags
Google ads
Back to top button