Artikel PilihanBuletin

GEELY & PASUKAN VOLVO BINA SEDAN LYNK 03 2.0L. 528HP!

Syarikat Geely mungkin bukanlah nama besar pun dalam industri automotif, namun mereka syarikat paling agresif dan paling cepat berkembang. Dalam 10 tahun yang lalu, mereka giat membeli-belah syarikat-syarikat automotif seluruh dunia. Dari pembuat kereta, teksi, transmisi, casis, teknologi komputer dan berbagai lagi.

Mereka dilihat mahu menceburkan diri dalam bidang sukan motor. Bekas sayap perlumbaan Polestar, Cyan Racing kini dilantik untuk membina versi perlumbaan dari model Lynk & Co menerusi projek sedan 03 yang dikhususkan untuk perlumbaan.

Ini adalah projek kedua mereka selepas tahun lalu menerusi konsep Lynk & Co 03 Cyan Concept. Mereka mahu hasilkan sedan terpantas versi jalanan yang akan membawa sejumlah 528 KUASA KUDA dan 372 paun tork dari enjin 2.0 liter!

Enjin ini dikatakan pada garis merah 8,000 rpm dan dipacau roda hadapan dengan transmisi enam kelajuan bersama LSD.

Cyan memberitahu bahawa kereta konsep ini mampu memecut 0-100 dalam masa 4.4 saat dan berhenti pegun di bawah jarak 100 kaki. pecutan 0-200 di bawah 10 saat dan kelajuan tertingginya ialah 310km/j.

Gila!

GALERI

Google ads
Back to top button