Buletin

WALAUPUN CANTIK, JUALAN MAZDA3 JATUH 21.5%. APA SEBABNYA?

Secara logiknya, jika sebuah model kereta yang telah lama berada di pasaran tidak mengalami pembaharuan, hasil jualannya akan menurun.

Tetapi sebaliknya berlaku kepada sebuah kereta baharu yang dijangka mampu meningkatkan kadar jualan jenama tersebut. Inilah yang berlaku pada Mazda3 sedan dan Mazda3 liftback 2020?

Jika dilihat pada angka jualan tahun 2019, terdapat penurunan sebanyak 21.5 peratus.

Sepanjang Januari 2020, sebanyak 23,621 kenderaan sahaja yang berjaya diserahkan kepada pelanggan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 17.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Tetapi jualan Mazda3 masih tidak memuaskan.

Daripada angka tersebut, Mazda3 hanya menyumbang sebanyak 2,496 unit. Manakala Crossover CX-5 menjadi model terlaris dengan 12,908 unit, naik 21.2 peratus berbanding 2019.

Mungkin pembeli Mazda lebih menggemari model crossover dan sedan Mazda6 yang sudah agak berusia berbanding Mazda3 apabila mencatat kenaikan sebanyak 8.4 peratus sepanjang Januari.

Sukar untuk menjelaskan mengenai prestasu jualan Mazda3. Ini kerana ia merupakan kereta yang hebat dan salah satu model terbaharu daripada Mazda.

Jelas crossover telah mengambil alih pasaran utama.

Memandangkan model sedan dan hatchback masih mempunyai penggemarnya, Mazda3 perlu berusaha lebih untuk memikat hati pembeli.

Mungkin model itu memerlukan versi lebih pantas dengan brek dan sistem suspension yang lebih mantap.

Google ads
Back to top button