Artikel Pilihan

MAZDA TAK PERLUKAN CVT

Adakah anda perasan yang hampir semua model yang dipasarkan oleh Mazda tidak menggunakan transmisi CVT tapi menggunakan transmisi 6 kelajuan mereka yang dikenali dengan nama SkyActiv Drive. Jika dibandingkan prestasi penggunaan bahanapi kereta Mazda dengan kereta jenama lain, seringkali kita lihat penggunaan petrol Mazda dengan enjin SkyActiv akan lebih berbanding dengan lawannya

Namun jika dibandingkan prestasi sebenar di atas jalan raya, penggunaan bahan api kereta Mazda jauh lebih baik berbanding dengan jenama lain. Persoalan ini turut dilemparkan oleh salah seorang kenalan rapat penulis yang memandu Mazda CX-9 iaitu SUV mewah 7 tempat duduk yang dipasang di Jepun dan dijual sebagai unit CBU.

Di dalam risalah dan juga laman sesawang Mazda, ia memaparkan maklumat berkenaan penggunaan petrol sekitar 8.98 liter petrol bagi setiap 100km ataupun 11.13km per liter petrol. Setelah beberapa bulan menggunakan MAzda CX-9, dia mendapati penggunaan petrol CX-9 ini tidak jauh lari dengan data yang dibekalkan oleh Mazda. Berdasarkan pemanduan (kesesakan jalan dan pemanduan di lebuh raya), bacaan sebenar penggunaan petrol CX-9 ialah 11.1km per liter di mana data hampir menyamai angka yang dipasarkan. Bagi beliau,keadaan ini sangat menakjubkan dan boleh dipuji

Secara jujurnya, saya juga telah menguji Mazda CX-9 selama beberapa hari. Pada mulanya sewaktu mengambil CX-9 ini di ibu pejabat Mazda, saya bayangkan poket saya akan koyak disebabkan perlu mengisi petrol dengan kerap. Namun jika dipandu secara berhemah pada halaju 110km/j, ia mampu menawarkan penggunaan petrol sehingga 12.5km/liter. Anda boleh baca laporan pandu uji CX-9 di SINI

Jika difikirkan secara logik, mana mungkin sebuah SUV dengan berat hampir 2 tan iaitu 1931kg yang dipasang dengan enjin SkyActiv Turbo 2500cc mampu menawarkan penggunaan petrol yang baik. Jika dikaji dengan lebih lanjut, maka jawapan yang sebenar terletak pada penggunaan teknologi enjin SkyActiv dan transmisi Skyactive Drive. Untuk memahami bagaimana enjin SkyActiv Turbo berfungsi, anda boleh baca maklumat lanjut di SINI

Mazda telah merekabentuk enjin mereka supaya ia sentiasa beroperasi dengan nisbah campuran udara dan petrol pada ratio 14.7:1 setiap masa samaada pada RPM rendah ataupun RPM tinggi. Ia berupaya menghasilkan 420Nm tork pada 2000RPM sehingga RPM yang tinggi dengan nisbah yang sama

Kesannya ialah brake spesific fuel consumption CX-9 akan menjadi lebih besar pada semua RPM. Bawak laju pun jimat, bawak slow tambah jimat. Kebanyakan enjin turbo biasa tidak dapat menjimatkan petrol pada RPM tinggi disebabkan enjin terpaksa beroperasi dalam keadaan rich mixture (ratio kurang 14.7) apabila didesak untuk beroperasi pada RPM yang tinggi

Ini desebabkan enjin tersebut akan mengalami knocking jika terpaksa mengekalkan ratio 14.7:1 pada RPM yang tinggi. Solusi yang dibuat ialah dengan menggunakan rich mixture pada RPM yang tinggi bagi mengelakkan knocking namun penggunaan petrol akan meningkat. Keadaan ini menerangkan mengapa enjin dengan sesaran yang kecil yang dipasang turbo tidak akan menjimatkan petrol bila dipandu laju

Sesetengah pengeluar terpaksa bergantung pada CVT untuk memastikan enjin beroperasi pada Brake spesific fuel consumption yang paling efisyen. CVT akan sentiasa memaksa enjin beroperasi pada RPM di mana brake spesific fuel consumtion paling rendah. Mazda pula tidak perlu bergantung pada CVT kerana enjin mereka sudah direka supaya sentiasa menghasilkan tork yang tinggi dan sentiasa beroperasi dengan ratio 14.7:1 sepanjang masa

Sebab kedua ialah, hanya pasaran Jepun sahaja yang menyukai karekteristik transmisi CVT berbanding pasaran luar seperti Eropah dan Amerika. Pengguna Kesatuan Eropah lebih sukakan transmisi DSG dan pasaran terbesar Mazda iaitu Amerika lebih sukakan transmisi automatik biasa. Jadi Mazda hanya perlu mantapkan rekaan enjin dan transmisi mereka tanpa perlu bergantung pada CVT untuk menjimatkan petrol

Tags
Google ads
Back to top button