Artikel Pilihan

PEMANDU TESLA MAUT, AUTOPILOT DIDAKWA JADI PUNCA

Seorang pemandu Tesla yang terbunuh di California pada Mac 2018 dilapor melencong jauh dari lebuhraya, jelas Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) Amerika Syarikat baru-baru ini.

Walter Huang, 38, seorang jurutera perisian Apple memandu model Tesla X di Mountain View dalam mod autopilot pada kelajuan kira-kira 70 km/j semasa kejadian.

NTSB berkata, sistem tersebut telah menghalakan keretanya ke kawasan pemisah trafik sebelum berlaku pelanggaran.

Data dariada kenderaan menunjukkan bahawa Huang cuba memperbaiki sistem tersebut selepas kenderaannya menuju ke kawasan kemalangan.

Namun, kesan tangan tidak dijumpai pada stereng dalam enam saat terakhir sebelum kemalangan berlaku. Selain itu, tiada petunjuk yang mengatakan terdapat tindakan mengelak dilakukan.

Selepas siasatan dijalankan, mangsa didapati sedang sibuk menggunakan telefon bimbit. Perkara tersebut disahkan apabila permainan video “Three Kingdoms” sedang beroperasi dalam telefon pintar mangsa.

Walaubagaimanapun, NTSB tidak memberikan maklumat lanjut sama ada mangsa sedang memegang telefon atau leka dengan permainan video itu.

Tesla menasihatkan agar pemandu sentiasa memegang stereng semasa menggunakan sistem tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Google ads
Back to top button