Buletin

FORD GT MK II DIJUAL PADA HARGA RM7.6 JUTA. ADA 45 UNIT SAHAJA DI DUNIA!!!

Jentera Ford GT MK II dibangunkan sebanyak 45 unit sahaja dan salah satu daripadanya dijual pada harga AS$1.87 juta (RM7.6 juta)!!!

Model rare itu dijangka dapat dijual pada harga antara AS$1.6 juta (RM6.63 juta) hingga AS$1.7 juta (RM7 juta) menjelang jualan yang akan dianjurkan Mecum Auctions kelak.

Ia terbukti apabila terdapat pembida yang mendambakan jentera itu sehingga sanggup membayar pada harga sangat tinggi.

Pada hakikatnya, Ford GT MK II memiliki tanda harga AS$1.2 juta (RM4.97 juta) sahaja dan tidak tertakluk kepada peraturan penjualan semula selama dua tahun.

Ini bermakna pemilik asal jentera itu, meraih keuntungan yang tinggi.

Biarpun, semua unit Ford GT MK II adalah istimewa, model ini menonjol kerana hadir dengan livery berwarna biru terang diinspirasikan dari jentera lumba Le Mans yang dipandu Ken Miles.

Sebahagian besar luaran jentera itu mendapat sentuhan warna baby blue dipadankan warna royal blue dan warna royal red pada fender hadapan.

Selain itu, spoiler dan diffuser juga hadir dengan warna royal blue.

Berikutan ia merupakan jentera litar yang terhad, Ford meningkatkan aerodinamiknya dengan memadankan spoiler lebih besar, diffuser gentian karbon, splitter khas, dan canard baharu yang mampu memberikan 400 peratus downforce daripada model biasa.

Enjin 3.5-liter V6 twin-turbocharged EcoBoost jentera itu turut dimodifikasi sehingga mampu menjana kuasa mencecah 700hp berbanding 660hp yang dihasilkan enjin Ford GT MK II biasa. – carscoops

Google ads
Back to top button