Artikel Pilihan

CADILLAC TAWARKAN CT5 BERTEMAKAN GOD OF WAR DI CHINA – COACH MANA AJAR DIORANG NI

Cara pemasaran ini memang berkesan kot untuk pasaran China yang merupakan pasaran automotif antara terbesar di dunia. Peminat Sony Playstation khususnya permainan God of War memang akan menitik air liur. Ia ditawarkan bersempena dengan pelancaran permainan baharu Sony, God of War: Ragnarok menjelang 9 November ini. Langkah awal ini diambil oleh Cadillac China untuk meningkatkan jualan model CT5 mereka.

CT5 edisi istimewa ini menawarkan warna latar berwarna putih dengan kod warna istimewa calitan merah di sana sini yang merupai tattoo watak utama permainan, Kratos yang juga mempunyai kuasa dewa Greek dalam permainan sangat diminati ramai di seluruh dunia.

Selain dari games bertemakan perlumbaan kereta, inilah antara games paling sedap kami pernah main. Heronya memang ganas dan brutal dengan latar belakang yang sangat menarik. Cari dan baca sendiri reviunya dalam internet.

CT5 ini dihiasi dengan ciri-ciri kosmetik di bahagian luar selain logo God of War pada bahagian penutup hud enjin dan lambang butang-butang kawalan Playstation pada hujung skirting sisi.

Tapi sedih sedikit la walaupun dihasilkan bertemakan rupa paras Kratos tapi enjinnya langsung tidak mempunyai kuasa dewa bila dibandingkan dengan model Blackwing yang ditawarkan di Amerika Syarikat.

CT5 ini ditawarkan dengan enjin standard 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 237 hp kuasa maksima yang kemudiannya dipadankan dengan kotak gear automatik 10-kelajuan.

Tak cukup dengan itu, Cadillac juga menawarkan gift box bertemakan God of War: Ragnarok kepada 120 pembeli terawal. Kotak tersebut mengandungi sebuah model Cadillac CT5 berskala 1:18, alat kawalan bebas wayar edisi terhad DualSense, tanda nama bertemakan God of War dan seutas rantai kunci dengan model kapak Leviathan dari game tersohor ni.

Kalau korang memang peminat games ni memang okey la kot tapi kalau setakat minat main Candy Crush tu pergi main jauh-jauh.

Google ads
Back to top button