Artikel Pilihan

6 ENJIN EKSKLUSIF DI DUNIA. DIBANGUNKAN HANYA UNTUK SATU MODEL SAJA

Adalah menjadi kebiasaan dalam industri automotif untuk berkongsi platform dan juga trenkuasa antara banyak jenama. Tujuan utamanya ialah agar jumlah penghasilan produk menjadi banyak dan mengecilkan kos kajian dan juga pembangunan. Dengan ini keuntungan maksimum senang dicapai apabila banyak komponen berkongsi antara satu sama lain.

Tapi tak semua komponen terutama enjin sesuai untuk dikongsikan dengan model lain, apatah lagi jika anda sedang membangunkan model supercar atau hypercar dengan kuasa yang sangat tinggi. Jadi jurutera perlu membangunkan enjin khas untuk supercar ini, dengan pengecualian dibuat untuk Myvi. Ini senarai enjin yang khusus dibangunkan untuk supercar dan sedan berkuasa tinggi.

1. Maserati MC20

Satu enjin baru dibangunkan khas untuk model Maserati ini. Enjin ini menggunakan konfigurasi V6 2992cc dengan sudut 90 darjah, sistem pelinciran dry sump, palam pencucuh berkembar dan pre chamber ignition (kebuk pembakaran awal). Enjin ini juga dibangunkan dengan sistem suntikan bahan api berkembar serta turbo berkembar

Enjin yang diberi nama Nettuno ini hanya seberat 220kg sahaja mampu menghamburkan 621 kuasa kuda dan 720Nm tork dan boleh diperah sehingga 8000RPM. Walaupun Maserati mendakwa enjin ini 100% dibangunkan oleh mereka, pemerhati automotif mendakwa enjin ini sama dengan enjin Ferrari F154 dari segi RPM, sudut silinder dan jujukan pembakaran

2. Cadillac CT6

Menggunakan enjin yang dibangunkan khas oleh General Motor dan digelar Black Wing V8. Enjin ini hanya digunakan oleh Cadillac CT6 sahaja dan dihasilkan dengan menggunakan aluminium untuk blok dan kepala silinder. Bahagian dalam silinder dilapisi dengan iron liner untuk ketahanan.

Enjin ini turut menggunakan aci engkol yang dihasilkan secara tempaan untuk mengurangkan berat, rod penyambung tempaan dan piston aluminium. 32 injap pula diisi dengan sodium untuk membantu penyejukan. Sistem turbo berkembar twin skroll pula diletakkan di bahagian tengah enjin untuk respon pantas

Dengan tekanan sehingga 1.4 bar, enjin ini menghasilkan 550 kuasa kuda dan 868 Nm tork bermula seawal 2000 RPM sehingga 5200 RPM. Bagi menjimatkan bahan api, enjin ini juga dilengkapi dengan sistem start-stop serta cylinder deactivation. Enjin ini hampir dihentikan pengeluaran disebabkan kos mahal, namun dipasang pada Escalade untuk mengurangkan kos pengeluaran

3. Porsche Carrera GT

Pada asalnya Porsche bercadang untuk menggunakan enjin boxer 6 silinder turbo. Nasib baik ketika itu program perlumbaan LMP2000 dibatalkan, jadi untuk tidak membazirkan sumber Porsche mengambil enjin V10 untuk dipadankan dengan model Carrera GT

Enjin asal V10 ini ialah 5500cc, tapi jurutera membesarkan silinder sehingga 5700cc bagi menghasilkan 603 kuasa kuda dan 590Nm tork. Carrera Gt boleh memecut 0-100km/j dalam masa 3.5 saat sahaja. Ia hanya memiliki sistem brek ABS sahaja, jadi pandai-pandai la pemandu untuk menjinakkan kuasa ini.

4. Lexus LFA

Supercar LFA menggunakan enjin yang dibangunkan khas untuknya iaitu 1LR-GUE, 4805cc V10 yang dihasilkan dengan gabungan aloi aluminium, aloi magnesium dan aloi titanium. Konfigurasi V10 dipilih kerana ia menghasilkan bunyi yang lebih sedap dari V8 dan kurang bergegar berbanding V12

Setiap silinder menggunakan throttle body elektronik yang sendiri serta sistem pelinciran dry sump. Sebanyak 40 injap enjin dihasilkan dengan menggunakan titanium dan rocker arm dihasilkan dengan rintangan yang sangat rendah (diamond like coating)

Yamaha diberi tugas menala enjin ini bermula dari rongga kemasukan sehinggalah pada ekzos dengan penglibatan divisi Yamaha Music agar bunyi yang dihasilkan sedap didengar. Jurutera menyifatkan bunyi enjin ini sebagai “roar of an angel”. Enjin ini menghasilkan 552 kuasa kuda dan 480Nm tork. Ia boleh diperah sehingga 9000 RPM.

Bagi mengelakkan pemandu terleka, bahan api akan diputuskan pada 9500 RPM. LFA terpaksa menggunakan meter LCD digital kerana meter analog tidak mampu memaparkan RPM dengan tepat ketika LFA sedang memecut

5. Audi Q7 V12 TDI

Merupakan satu-satunya model SUV Audi yang dipadankan dengan enjin V12 turbodiesel yang menghasilkan 493 kuasa kuda dan 1000Nm tork. Namun apa yang menakjubkan enjin ini masih melepasi piawaian asap Euro5. Audi merancang untuk membawa enjin ini masuk ke pasaran Amerika pada tahun 2008, namun dibatalkan akibat masalah ekonomi

Silinder enjin disusun pada sudut 60 darjah, nisbah mampatan 16:1, 4 radiator, blok dan crankcase diperkukuhkan dengan grafit, aci engkol diperkuatkan dengan proses tempaan dan aloi molybdenum, piston aluminium, sistem Variable Geometry Turbo berkembar, 2 intercooler, penyejuk minyak pelincir serta sistem EGR

6. Toyota Century

Model Century ini bukan boleh dibeli dengan suka suka sebab ia hanya digunakan oleh pengarah syarikat yang berpengaruh, pemimpin politik Jepun serta dikhaskan untuk keluarga diRaja Jepun sahaja. Semenjak dari model pertama sehingga model ke 2, ia hanya dipadankan dengan enjin V12 sahaja. Generasi ke 3 menggunakan enjin V8 hibrid yang berkongsi dengan Lexus

Generasi kedua menggunakan enjin 5000cc V12 bukan ditala untuk prestasi, tapi untuk keselesaan penumpang dengan gegara yang minima. Ia menghasilkan 480Nm tork pada 1200 RPM dan 295 kuasa kuda. Generasi ke 3 menggunakan enjin V8 hibrid yang menghasilkan 393 kuasa kuda dan 520Nm tork. Model Century dihasilkan bagi menandingi model Rolls Royce di Jepun

Google ads
Back to top button