Buletin

PRODUK ‘AJAIB’ PELBAGAI GUNA WD-40. DAPATKAN PADA HARGA PROMOSI BERMULA 16 DISEMBER 2021 SEHINGGA 15 JANUARI 2022

Jenama WD-40 merupakan antara produk yang telah lama bertapak dalam pasaran dunia menawarkan perlindungan dan keselamatan kepada para pengguna.

Mungkin ramai tidak mengetahui, produk diasaskan pada tahun 1953 itu dikenali sebagai Rocket Chemical dibangunkan dalam sebuah makmal kecil di San Diago, California, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa produk berkenaan bertukar nama kepada WD-40? Persoalan yang menjadi tanda tanya bagaimana nama tersebut begitu popular malah melekat sehingga hari ini.

Ia berikutan formula rahsia WD-40 memerlukan sebanyak 40 percubaan untuk ‘melahirkan’ produk pelbagai guna (Multi-Use Product, MUP) yang sempurna digunakan khalayak umum.

Menariknya, kontraktor aeroangkasa, Convair merupakan pengguna pertama WD-40 MUP untuk melindungi permukaan luaran misil Atlas daripada berkarat dan hakisan.

WD-40 MUP

Produk ‘ajaib’ berkenaan turut menawarkan lebih 2,000 kegunaan termasuk dalam industri automotif, perkapalan, perlombongan, percetakan, penyelenggaraan alat elektrik dan banyak lagi.

Justeru, tidak hairanlah ia boleh dikatakan sebagai pelincir anti karat paling berkuasa di dunia.

Bahkan, merupakan satu-satunya produk pelincir di dunia yang tidak mengandungi unsur penyebab kanser (non-carcinogenic) kerana tiada bahan kimia Benzene.

Selain itu, ia juga tidak mengandungi CFC menjadikannya mesra ozon dan alam sekitar.

WD-40 turut melindungi logam daripada karat dan hakisan, mesra cat kerana tiada silikon, mampu menembusi bahagian logam tersumbat, melindungi permukaan dengan lapisan kalis air dan menghilangkan kelembapan pada permukaan basah.

Dengan menggunakan produk terbabit, ia mampu membersihkan minyak gris, kotoran dan elemen-elemen daripada hampir semua permukaan.

WD-40 MUP juga merupakan satu-satunya bahan pelincir yang boleh disembur pada bahagian palam pencucuh (spark plug) dengan penggunaan karbon dioksida (CO2).

Berbanding produk lain yang menggunakan gas LPG, berkemungkinan menyebabkan palam pencucuh terdedah kepada letupan ataupun kerosakan pada bahagian enjin lain.

Selain WD-40 MUP, jenama berkenaan menawarkan produk-produk penjagaan dan keselamatan kenderaan seperti WD-40 Specialist Machine & Engine Degreaser, WD-40 Specialist Chain Lube dan WD-40 Brake & Parts Cleaner.

WD-40 Specialist Machine & Engine Degreaser

  • Produk itu mampu membersihkan enjin dengan baik termasuk bahagian atas enjin, enjin bay dan pelindung bonet.
  • Ia yang berasaskan solvent turut berupaya membersihkan kotoran dan tar sekali gus membendung haba terperangkap pada kawasan enjin.
  • Justeru, prestasi kenderaan akan kekal berkuasa.
  • Bukan itu sahaja, ia juga boleh membersihkan rantai motosikal tanpa perlu berasa bimbang berlaku kerosakan pada O-ring, X-ring dan Z-ring.

WD-40 Specialist Chain Lube

  • Produk ini mampu melincirkan rantai motosikal untuk melindungi dan memanjangkan hayat rantai terbabit bagi memastikan tunggangan lebih lancar serta selamat.
  • Teknologi yang digunakan seolah-olah seperti sarang labah-labah memadankan pelincir pada rantai walaupun ditunggang pada kelajuan tinggi.
  • Bahkan, produk berkualiti tinggi itu amat sesuai digunakan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

WD-40 Brake & Parts Cleaner

  • Produk ini boleh digunakan untuk semua permukaan brek cakera, dram dan kaliper.
  • Ia berupaya menghilangkan kotoran dan minyak pada brek dengan berkesan.
  • Sistem brek dapat dipertingkatkan, menghilangkan bunyi brek merimaskan malah melindungi serta keselamatan brek.

WD-40 EZ REACH

  • EZ Reach merupakan produk dalam memudahkan semburan pada bahagian sempit dan bersudut.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan produk-produk WD-40 itu pada harga promosi, boleh menggunakan kod promo MEKANIKA40 bermula 16 Disember tahun ini sehingga 15 Januari 2022 dengan melayari auto2u.my.

Senarai harga produk selepas diskaun adalah seperti berikut:-

Mereka yang membeli pek berkembar berpeluang memiliki Multi-Use Brush + Microfibre + SL50 secara percuma.

Bagi pek 5 dalam 1 pula, produk Multi-Use Brush + Microfibre + MUP412 diberikan secara percuma sepanjang promosi.

Kos penghantaran di Semenanjung Malaysia adalah RM3 untuk pembelian satu botol manakala pek berkembar dan 5 dalam 1 adalah percuma.

Para pelanggan di Sabah dan Sarawak akan dikenakan kos penghnataran sebanyak RM15 untuk pembelias satu botol manakala pek berkembar pada RM17 dan pek 5 dalam 1 (RM40).

Google ads
Back to top button