Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA KOS MENUKAR MINYAK PELINCIR BUGATTI VEYRON IALAH RM85K?

Kedengarannya macam tak logik, tapi itulah kos sebenar untuk menyelenggara hypercar Bugatti Veyron. Dengan bekalan enjin 1,000 kuasa kuda, ia adalah kereta produksi terpantas ketika diperkenalkan.

Pada 2015, seorang pemilik Veyron di California AS telah memuatnaik video kos untuk menukar pelincir Veyron dan ianya ialah USD20,000. Baru-baru ini, UNILAD telah memuatnaik satu lagi video dan ia juga tidak beza banyak. Kos menggantikan pelincir sebuah Veyron ialah USD21,000 (RM85,000).

Sebenarnya, bukan tukar minyak hitam sahaja yang mahal. “Membela” Veyron bermakna pemiliknya benar-benar kaya dan mampu. Sebagai contoh, satu set empat biji tayar kereta ini harganya ialah RM120,000 dan ia perlu dipesan dari kilangnya. 

Tidak boleh pergi kedai tayar papan di Klang.

Dan bukan sahaja tayar itu mahal, rim pada kereta ini hanya boleh dibuka pasang tayar sebanyak empat kali sahaja. Penukaran tayar untuk kali kelima mesti dibuat dengan menukar rimnya sekali.

Dan harga rimnya ialah sama dengan sebuah Toyota Vellfire 3.5 Executive Lounge iaitu sekitar RM488,000. Ia mesti dibuat kerana tayar asal kereta ini “digam” terus pada rim. Ia bukan pemasangan biasa seperti di kedai tayar Ah So di Gombak.

Secara purata, kos penyelenggaraan sebauh Veyron ialah sekitar RM120,000 setahun dan dua per tiga daripada kos ini pergi kepada servis pelinciran.

Menurut pakar, ia bukanlah setakat bukak drain plug di bawah sump tank dan ganti minyak pelincir baru. Ia lebih daripada itu. Bahagian-bahagian penting seperti penutup rocker, kepala selinder perlu dibuka supaya dapat dipastikan pelinciran melalui kesemua kawasan enjin.

Enjin W12 ini sangat besar dan sedikit sahaja kesilapan akan menyebabkan kereta ini tersadai. 

Dah takkan nak pakai 1JZ pulak kan?

OK lah, tengok video di bawah.

Bugatti Veyron Oil Change

Changing the oil in a Bugatti Veyron isn't cheap 😲

Posted by UNILAD Tech on Isnin, 23 Julai 2018

Google ads
Back to top button