Buletin

JOM BELI DASH CAM 70MAI A800S. RESOLUSI 4K, SKRIN 3″, CUMA RM409 DENGAN KOD PROMO MEKANIKA88

Kini, perakam video memandu atau lebih dikenali sebagai dash cam menjadi antara salah satu aksesori yang perlu ada dalam setiap kenderaan. 

Rakaman kamera bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselamatan, malah sangat berguna sekiranya terlibat dalam kemalangan atau insiden yang tidak diingini. Ini kerana rakaman video itu boleh menjadi bukti yang sangat kukuh apabila diperlukan dalam siasatan oleh pihak berkuasa. 

Ok, kita dah rasa minat nak beli. Tetapi, apabila masuk ke laman e-dagang macam Shopee, Lazada dan sebagainya, terdapat begitu banyak pilihan yang ada. 

Bagi menjimatkan masa anda, saya sarankan anda beli sahaja dash cam 70MAI A800S yang merupakan produk anak syarikat konglomerat teknologi terkenal dari China, Xiaomi Inc. Ini kerana mempunyai banyak kelebihan berbanding dash cam lain yang ada di pasaran sekarang. Harga pun menarik, lebih-lebih lagi kalau anda membeli menerusi Auto2U.my dan menggunakan kod promo MEKANIKA88. 

Sebelum nak bagitahu harga, apa kata kita lihat dahulu apakah kelebihan yang dimiliki oleh dash cam 70MAI A800S.

Pertama: Kualiti visual resolusi 4K

Berbanding dash cam lain yang ada di pasaran, anda akan menerima rakaman video 4K sebenar. Jadi, ia menjanjikan kualiti visual yang lebih jelas. 

Kedua: Skrin 3 inci

Skrin 3 inci itu memaparkan visual yang cantik. Walaupun bukanlah skrin sentuh, tetapi semua menu boleh dioperasi dengan senang oleh sesiapa sahaja. 

Ketiga: Super Night Vision 

Antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan dash cam ialah untuk mendapatkan rakaman pada waktu malam yang jelas. Jangan bimbang kerana 70MAI A800S didatangkan ciri Super Night Vision dengan 3D DNR. Kamera dengan aperture F1.8 itu menjanjikan rakaman pada waktu malam yang terang dan kurang noise. Bukan macam kualiti video 3GP tau. 

Keempat: Sudut pandangan luas 

Dash cam 70MAI A800S menawarkan sudut rakaman seluas 140 darjah. Sebenarnya, ini antara ciri yang pembeli sering terlepas pandang, sedangkan sudut pandangan yang luas ini penting. 

Kelima: Ciri Advance Driving Assist (ADAS)

Ciri ini lebih kepada memberi amaran secara audio kepada pemandu. Sebagai contoh, jika berhenti di lampu isiarat dan kereta hadapan sudah bergerak, kamera ini akan meminta pemandu segera bergerak. Sekiranya pemandu menukar haluan, akan ada suara berkata “Lane Departure”. Jika sedang memandu agak laju dan ada kenderaan di hadapan, ia akan memberi amaran supaya pemandu lebih berhati-hati. 

Keenam: Mudah dipasang

Anda hanya perlu pasang mounting pada tapak kamera. Sebelum lekatkan pada cermin kereta, jangan lupa pasang dahulu pelekat elektromagnetik, kemudian masukkan kabel pada slot USB. Kalau kereta anda tiada slot USB, jangan risau kerana boleh gunakan soket USB 12V yang disediakan. 

Dash cam 70MAI A800S ditawarkan pada harga RM449. Tetapi jika anda beli dengan Mekanika Malaysia dan gunakan kod promo MEKANIKA88, harganya cuma RM409. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima memori kad 64GB berharga RM45 secara percuma.

Di dalam kotak nanti, anda akan menerima buku manual, pelekat elektromagnetik, dua set kabel, plastik penyelit, soket 12V dan tapak kamera. 

Jika pelanggan ingin merekod video ketika kerta diparkir, mereka perlu membeli Hardwire Fuse Kit berharga RM58 yang dijual secara berasingan. Nak kamera belakang pula? Ada, beli kamera 70MAI RC06 yang boleh diintegrasikan dengan kamera yang berharga RM60 sahaja. 

Berminat? Klik pautan INI. Sebelum keluar, jangan lupa masukkan kod promo MEKANIKA88. Caj penghantaran adalah percuma ke seluruh negara. 

Jangan berlengah lagi kerana promosi ini tamat pada 15 Ogos depan. 

GALERI

Google ads
Back to top button