Artikel Pilihan

RALLY REGROUP FEAST 21 – APA YANG MENARIK TENTANGNYA?

Dunia rali tempatan barangkali tidaklah sebesar di negara jiran Indonesia mahupun Thailand. Namun, ianya tetap mempunyai pengaruh dan pengikutnya yang tersendiri walaupun jumlahnya agak kecil. Dan hujung minggu lepas, telah berlangsungnya Rally Regroup Feast 21 bagi membuktikan walaupun tak ramai, tapi kami ada. Eceh!

Rally Regroup Feast 21 ini merupakan acara santai Rally Shakedown yang dianjurkan oleh Tanamera Experience dengan bekas pelumba rali negara Saladin Mazlan menjadi orang kuat disebalik penganjuran acara ini. Oh ya, Rally Regroup Feast 21 ini juga sebenarnya merupakan acara tertutup dan memerlukan tiket sebagai balasan untuk masuk ke Tanamera. BK yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini juga tidak terkecuali.

Acara yang berkonsep bebas dan santai ini khabarnya khusus untuk para penggiat rali yang telah lama ketar lutut untuk berkumpul, bersembang dan beraksi tanpa sebarang tekanan untuk mencatatkan masa terpantas. Sarung helmet, terus sahaja tekan pedal minyak. Suka hatilah. Nak terbang ke, nak pandu secara santai pun tiada masalah.

Pasukan One Motorsports yang ditunjangi Roduwan Rashid turut mengambil peluang ini untuk hadir bagi memeriahkan acara Rally Regroup Feast 21 bersama jentera Subaru Impreza GC8 dan juga Proton Satria Neo yang seperti biasa dipandu oleh Henzee Hamzah. Manakala sebuah lagi Subaru Impreza Wagon GF8 pula dipandu oleh Joshua Lee.

Juga hadir memeriahkan acara ini adalah pasukan Purnama Rally Team yang diketuai oleh otai rali tanahair, Jamaluddin Tukimin atau pun lebih mesra di sapa Wak Jamal berserta anak lelaki. Menarik untuk pasukan Purnama Rally Team ini apabila mereka hadir bersama dua buah kereta rali yang hebat, Honda Integra Type R DC2 dan juga Mitsubishi Lancer Evolution 7 RS. Tamba menarik apabila Wak Jamal memaklumkan bahawa ini merupakan kemunculan pertama Evo 7 RS beliau dalam rali tanahair. Wak Jamal sendiri berdebar untuk memandu jentera yang cukup buas dan berkuasa ini buat pertama kali.

Walau pun ianya merupakan acara tertutup, namun ianya terbuka buat penonton untuk hadir dan menyaksikan secara dekat kereta rali dan pelumba pelumba yang kelihatan kacak kacak belaka. Dan yang paling dinantikan sudah tentulah acara taxi ride yang turut diadakan. Tanpa diduga Chepot paling mencuri tumpuan dan pilihan untuk ditumpangi oleh penonton. Ternyata reputasi yang dibawa selaku juara MRC cukup besar pengaruhnya.

Walau pun acara ini merupakan santai untuk lepak lepak dan berborak, namun BK yakin ianya merupakan suatu acara yang boleh dianggap serius. Sebelum pulang, BK sempat melihatkan beberapa kelibat orang kuat rali negara suatu ketika dahulu seperti Datuk Abdul Razak Dawood yang turut hadir. Entah apalah yang disembangkan. Apa pun BK yakin, dunia rali tempatan tidak akan pernah suram. Dan sebagai peminat rali, ini merupakan tanda sokongan BK dan Mekanika buat dunia rali tempatan.

BACA : PMCA RALLY SHAKEDOWN 2021 – BUKTI BAHAWA SUKAN RALI SENTIASA HIDUP!

BACA : TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KAATHIR MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button