Buletin

INI DUCATI MotoE, TAK ADA ENJIN DAN GUNA ELEKTRIK!

Adakah nanti dunia roda dua akan dibanjiri dengan motosikal elektrik? Mungkin bukan dalam masa terdekat namun usaha ke arah itu sedang giat dijalankan.

Terbaru, Ducati MotoE diperkenalkan dan dibawa ke litar buat pertama kali di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Tiada enjin desmodromic 90 darjah V4 kerana ini adalah motosikal elektrik rasmi yang dibekalkan Ducati untuk perlumbaan Kejuaraan Dunia FIM Enel MotoE™.

Motosikal prototaip itu menggunakan kod nama V21L dan hasil usaha sama Ducati Corse, jurutera bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Ducati dan diketuai oleh Pengarah eMobility Ducati, Roberto Canè.

Untuk ujian sulung ini, motosikal tersebut diserahkan kepada Michele Pirro, penunggang uji Ducati sejak tahun 2013.

Apa beza dengan motosikal MotoGP

Menurut Michele Pirro, tempoh awal pembukaan pendikit dan ergonomik motosikal ini sama seperti motosikal MotoGP.

Tambah beliau lagi motosikal ini ringan dan mempunyai imbangan yang bagus dan untuk ujian kuasa motosikal dihadkan kepada 70 peratus daripada prestasi maksimum.

Cabaran penting dalam membangunkan motosikal lumba elektrik ialah saiz, berat dan jarak bateri.

Sasaran Ducati ialah untuk menghasilkan motosikal berkuasa tinggi dan mempunyai karakter dari segi keringanannya buat pelumba MotoE.

Selain sasaran itu, Ducati juga mahu menghasilkan sebuah motosikal dengan pengekangan berat dan penghantaran kuasa yang konsisten semasa perlumbaan.

Ini boleh dicapai melalui pembangunan sistem penyejukan pada motosikal tersebut. Faktor penyejukan untuk sesebuah kenderaan elektrik adalah aspek kritikal.

Pengalaman Ducati di dalam perlumbaan MotoE adalah penting dan akan menjadi asas kepada R&D produk.

Motosikal elektrik Ducati?

Setakat ini Ducati memang mengeluarkan produk mobiliti seperti skuter dan basikal elektrik dan bagaimana pula dengan motosikal?

Apa yang dimaklumkan Ducati ialah sebaik sahaja mempunyai teknologi, syarikat akan menghasilkan kenderaan elektrik untuk kegunaan jalan raya yang sporti, ringan, menyeronokkan dan mampu memuaskan para peminat.

BACA: JUALAN DUCATI MENCANAK NAIK, 9 BULAN 2021 ATASI SETAHUN 2020!

BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 SP 2022 DIPERKENAL, LAGI RINGAN DAN LINCAH!

BACA: DUCATI MULTISTRADA V4 PIKES PEAK, MULTISTRADA PALING SPORTI DIKELUARKAN!

Google ads
Back to top button