Buletin

XPENG X9 2026 DILANCARKAN DI MALAYSIA – TIGA VARIAN, JARAK GERAK 615KM, HARGA MULA RM279K

Bermaz Xpeng Sdn Bhd secara rasmi melancarkan XPENG X9 baharu untuk pasaran Malaysia, sebuah MPV elektrik premium tujuh tempat duduk yang tampil dengan gabungan teknologi pintar, ruang kabin mewah dan prestasi mobiliti generasi baharu.

Model import sepenuhnya (CBU) dari China itu kini dibuka untuk tempahan di seluruh negara dengan harga bermula RM279,888.

Dari segi reka bentuk, XPENG X9 masih mengekalkan identiti futuristik menerusi rekaan “Robot Face” pada bahagian hadapan bersama lampu nyalaan siang LED melintang yang menyerlahkan imej moden dan berteknologi tinggi.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuk pintu hadapan soft-close berkuasa, garis bumbung terapung serta lampu belakang LED penuh yang mengekalkan imej aerodinamik dan premium MPV ini.

Masuk ke ruang kabin, X9 tampil dengan susun atur lebih mewah dan moden bersama pilihan warna dalaman baharu seperti Coffee, Meteorite Black dan Rose Brown dwi-tona.

Model ini turut dilengkapi paparan Head-Up bersaiz 21-inci, stereng ultra-fiber baharu serta sistem audio X-Opera 27 pembesar suara untuk pengalaman hiburan lebih imersif.

Bagi memenuhi keperluan keluarga moden, tempat duduk baris kedua kini hadir dengan konfigurasi lipatan 40:60 bagi memudahkan penyusunan kerusi kanak-kanak atau barangan besar, manakala tempat duduk baris ketiga menerima fungsi pemanas tempat duduk.

Turut disediakan peti sejuk pintar dengan fungsi child-lock untuk keselesaan perjalanan jarak jauh.

Spesifikasi utama XPENG X9

XPENG X9 FWD Standard Range

  • Bateri LFP 94.8kWh
  • Jarak gerakan sehingga 535km
  • Pengecasan 10%-80% sekitar 12 minit
  • Kuasa pengecasan maksimum 537kW
  • Harga: RM279,888

XPENG X9 FWD Long Range

  • Bateri NCM 110kWh
  • Jarak gerakan sehingga 615km
  • Pengecasan 10%-80% sekitar 12 minit
  • Kuasa pengecasan maksimum 542kW
  • Harga: RM297,888

XPENG X9 AWD Performance

  • Bateri NCM 110kWh
  • Sistem pacuan semua roda (AWD)
  • Jarak gerakan sehingga 580km
  • Pengecasan 10%-80% sekitar 12 minit
  • Kuasa pengecasan maksimum 542kW
  • Harga: RM333,888

XPENG X9 dibangunkan menggunakan platform elektrik 800V SiC bersama teknologi pengecasan pantas 5C yang membolehkan proses pengecasan ultra pantas dengan masa henti minimum.

Dari sudut teknologi pintar, MPV ini menggunakan cip XPENG Turing AI yang menawarkan kuasa pemprosesan sehingga 750 TOPS bagi menyokong sistem bantuan pemanduan XPILOT Assist.

Ia membolehkan pemprosesan data radar, kamera dan sensor ultrasonik dilakukan secara masa nyata untuk fungsi seperti:

  • Kawalan jelajah adaptif
  • Bantuan pengekalan lorong
  • Bantuan pertukaran lorong
  • Pengurusan kelajuan pintar
  • Simulasi persekitaran masa nyata

Untuk ciri keselamatan, X9 hadir dengan:

  • Sembilan beg udara
  • Electronic Child Lock
  • Kamera 360 darjah
  • Transparent chassis view
  • Bantuan parkir automatik
  • Remote parking
  • Vehicle summon
  • Blind spot warning
  • Lane departure warning
  • Rear cross traffic alert
  • Sistem pencegahan pelanggaran hadapan, sisi dan belakang

XPENG X9 turut ditawarkan dengan lima pilihan warna luaran iaitu Arctic White, Midnight Black, Matte Gray, Lambent Cyan dan Polar Violet.

Setiap pembelian didatangkan bersama:

  • Waranti pengeluar 5 tahun atau 120,000km
  • Servis dan penyelenggaraan percuma 5 tahun atau 100,000km
  • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km

GALERI:

Google ads
Back to top button