Buletin

PEMILIK KERETA ELEKTRIK XPENG TERPAKSA MELUTUT DEMI FACIAL RECOGNITION

Seorang pemilik kereta elektrik XPeng di China memuat naik video yang memaparkan dirinya terpaksa melutut untuk mengakses sistem pengecaman wajah.

Video yang dimuat naik pada 3 Mac itu menjadi viral dengan lebih 8 juta tontonan.

Pemilik kereta itu mendakwa bahawa selepas mendapat kemas kini baru-baru ini, dia diminta untuk log masuk melalui aplikasi pengecaman wajah.  

Dia kemudian mendapati kamera pengecaman wajah itu terletak pada bampar hadapan kereta atau bahasa mudahnya, ia agak hampir dengan tanah.

Menerusi video tersebut, dia dilihat terpaksa membongkok ke bawah dan mencondongkan kepala ke tepi, supaya aplikasi itu dapat mengesan posisi wajahnya.

“Tidak pernah dalam hidup saya menjangkakan perkara sebegini,” kata pemilik kereta itu.

Sehari selepas video itu disiarkan, XPeng Motors mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak lagi menggunakan sistem pengecaman wajah setelah menerima maklum balas dari pengguna.

Mereka juga telah meminta maaf kepada pelanggan yang terjejas dan akan berusaha untuk menambah baik sistem berkenaan.

Google ads
Back to top button