BuletinMotosikal

YAMAHA FASCINO, YAMAHA NAK JUAL 200K UNIT SKUTER INI DI INDIA!

Pasaran motosikal di India mempunyai jumlah permintaan yang sangat besar iaitu sekitar 22 juta unit setahun. Daripada jumlah tersebut skuter sahaja mewakili sekurang-kurangnya 30 peratus permintaan.

Apabila dipecahkan, skuter 110cc mempunyai permintaan besar dan trend tersebut semakin beralih kepada skuter 125cc.

Memahami perubahan itu, Yamaha bakal melancarkan skuter Fascino di India pada Januari 2020.

Fascino 2020 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 125cc SOHC BLUE CORE. Fascino yang berada di pasaran sekarang digerakkan oleh enjin 113cc.

Pelancaran Fascino bukan sahaja untuk memenuhi trend pengguna tetapi juga penting dalam mematuhi piawaian emisi BS6 yang bakal dikuatkuasakan pada April 2020. 

Sejak dilancarkan pada 2015, Fascino merupakan pilihan popular lelaki dan wanita urban di India yang gemarkan fesyen dan trend.

Model 2020 direka sebagai respon kepada permintaan pengguna di bandar yang mahukan tunggangan selesa dan rekabentuk bergaya.

Fascino dilengkapi beberapa teknologi seperti sistem Penjana Motor Pintar untuk penghidupan enjin lebih senyap, lebih ringan dan saiz kompak.

Sistem Henti & Mula (Stop & Start) pula mampu mengurangkan penggunaan minyak manakala rangka rekaan baharu yang ringan memberikan tunggangan lebih lincah.

Di India dengan pasaran yang begitu besar Yamaha mensasarkan untuk menjual 200,000 unit Fascino dalam tempoh setahun selepas pelancaran.

Harga yang ditawarkan juga menarik iaitu dari INR66,430 (RM3,862) hingga INR69,930 (RM4,065).

Kredit foto: Yamaha

BACA: DI JERMAN, YAMAHA TENERE 700 LAGI LAKU BERBANDING BMW GS

BACA: SEMBANG SANTAI : YAMAHA LC V1 YANG LAGENDA

BACA: 3S-GE. KEJURUTERAAN JITU TOYOTA DAN YAMAHA

Google ads
Back to top button