BuletinMotosikal

HONDA BENLY e: Series – BUAT HANTAR SURAT KHABAR DI JEPUN

Kereta elektrik sememangnya satu usaha yang bagus untuk alam sekitar. Bagaimanapun, di antara halangan besar dalam penerimaan pengguna ialah harga yang lebih tinggi berbanding kereta konvensional.

Apa perlu dibuat? Tunggu sehingga betul-betul murah? Apa kata fokus pada motosikal dahulu kerana ia lebih ringkas dan mudah. 

Itu apa yang dibuat oleh Honda dengan melancarkan BENLY e: Series untuk pelanggan perniagaan di Jepun. Motosikal elektrik untuk kegunaan perniagaan ini bakal dijual pada April 2020.

BENLY e: Series direka dengan konsep pengangkutan untuk pelbagai jenis khidmat penghantaran di Jepun. 

Ia direka supaya mesra penunggang sama ada untuk penghantaran surat khabar atau bungkusan.

Di antara kelengkapan yang ada ialah dek rata pada bahagian depan dan belakang skuter supaya mudah untuk memuatkan barang hantaran.

Lebih memudahkan kerja apabila skuter ini mempunyai fungsi bantuan mengundur yang berguna di ruang sempit dan permukaan mendaki.

Honda menawarkan empat model dalam e: Series iaitu BENLY e: I, BENLY BENLY e: I Pro dan BENLY e: II Pro.

BENLY e: I berada dalam kategori Kelas 1 iaitu motosikal dengan sesaran enjin kurang atau bersamaan 50cc dan output motosikal elektrik dengan output kurang daripada 0.6 kW.

Mazda CX30

BENLY e: II pula berada dalam kategori Kelas 2 dengan sesaran enjin motosikal lebih daripada 50cc dan kurang atau sama dengan 125cc. Output motosikal elektrik pula kurang daripada 1.0 kW.

Persamaan di antara BENLY e: I Pro dan BENLY e: II Pro ialah bakul depan dan carrier belakang saiz besar, pelindung buku jari dan sistem brek kaki sebagai kelengkapan standard.

Model BENLY e: digerakkan oleh dua unit Honda Mobile Power Pack (MPP) yang boleh dibuka dan ditukar dengan bateri gantian. 

Selain sifar emisi, skuter BENLY e: mempunyai prestasi dakian yang berkuasa dan lancar walaupun dengan muatan barangan.

Prestasi itu dicapai melalui karakter unik pada motor elektrik yang mampu membekalkan tujahan bersesuaian dari kelajuan ‘enjin’ rendah. 

Dari segi jarak, tunggangan BENLY e: I dan BENLY e: I Pro dengan bateri penuh boleh mencecah 87 km berdasarkan kelajuan 30 km/j di atas jalan raya rata.

BENLY e: II and BENLY e: II Pro pula sebanyak 43 km pada kelajuan 60 km/j dengan permukaan jalan raya rata.

Berikut ialah senarai harga BENLY e: Series termasuk dua MPP dan dua pengecas MPP: 

BENLY e: I737,000 yen (RM27,903)
BENLY e: I Pro748,000 yen (RM28,319)
BENLY e: II737,000 yen (RM27,903)
BENLY e: II Pro748,000 yen (RM28,319)

BACA: HONDA RIDGELINE DENGAN GEAR AUTO 9 KELAJUAN!

BACA: HONDA CIVIC SPORT LINE UK. ENJIN 1.0L 3 SELINDER TURBO, GAYAAN TYPE-R

BACA: HONDA CIVIC FC K24 926HP UNTUK DRIFT!

Kredit foto: Honda

Tags
Google ads
Back to top button