Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI : YAMAHA LC V1 YANG LAGENDA

Lama juga Brader Karrager tak bawakan sesi Sembang Santai. Nah, kali ini Brader Karrager bawakan pula Sembang Santai bersama Yamaha LC V1, sebuah motosikal berkuasa sederhana rendah yang dianggap sebagai lagenda dalam sejarah dunia moden moped. Jom ikuti Sembang Santai tersebut.

BK : Hai LC. Apa khabar. Nampak macam sihat aja.

LC V1 : Alhamdulillah BK. Saya beginilah. Nak kata sihat sangat tu tidaklah. Kadang tu demam juga dibuatnya. Maklumlah, sekarang ni kan musim hujan. Selalu jugalah ditimpa hujan waktu balik kerja petang petang tu. Apa tujuan BK datang jumpa saya ni?

BK : Tak ada apalah. Sajalah nak bersembang sikit dengan kau. Rasanya mungkin ada yang terlupa tentang kehadiran kau sekarang ini.

LC V1 : Isk, nak lupa apanya. Walaupun sekarang ini Ysuku tengah menaik, tapi jangan buat buat lupa, sayalah sebenarnya pelopor kepada moped empat lejang lengkap dengan radiator kepada Yamaha. Saya juga merupakan moped dengan CC yang paling besar ketika itu. Jangan jangan itu jam Syuib sama Zizang pun tak kenal lagi siapa saya ni.

BK : Hmmm tahun berapa ya kau ni muncul?

LC V1 : Sebenarnya saya ini mula membuat kemunculan di pasaran Thailand / Indonesia pada tahun 2005. Macam biasalah, sana kan pasaran terbesar untuk Asia Tenggara. Masuk Malaysia pun kemudianlah kisahnya. Cumanya untuk pasaran luar, pelbagia nama yang pernah saya gunakan. Antaranya Jupiter, Spark, dan juga Exciter. Tempat kita aja guna nama LC.

BK : Er, Evo Z ni bukan nama kau jugak ke?

LC V1 : Ah BK ni. Gurau kasar nampak. Evo Z tu tak ada kena mengena sikit pun dengan keluarga saya tau.

BK : Hahaha! Alah, seloroh sikit pun nak amik hati. Janganlah Tisu sangat wei. Tapi disebabkan itulah sebenarnya yang menjadikan kau ini semakin popular. Kalau tidak masa kan ada si Evo Z tu kan.

LC V1 : Yela. Yela. Tapi sebenarnya sebelum kelahiran Evo Z, sebetulnya ada sebuah lagi keluaran Motosikal jenama Lexur yang cuba menyamar menjadi saya.

BK : Iyeke? Macam bunyi nama MLM aja.

LC V1 : Tapi yang Lexur tu wujud kejap aja. Tak lama. Cuma si Evo Z ni boleh tahan jualan dia. Setidaknya anak muda yang kurang berkemampuan pun masih boleh lagi memiliki sebuah motosikal dengan ber-iras rupakan Yamaha LC waktu tu. Sayang juga sebab dengar kata Demak pun dah terlungkup. Rasanya dalam banyak banyak motosikal keluaran mereka, Evo Z lah yang paling berjaya.

BK : Ok ok aku ada soalan terakhir ni. Kenapa hah dari dahulu sampai sekarang masih lagi guna karburator? Sedangkan pasaran lain ada je guna enjin FI kan? Alangkan si Lagenda tu pun dah guna enjin FI tau.

LC V1 : Hahaha! Dah agak mesti BK akan tanya soalan macam ni. Benda benda teknikal macam ni susah saya nak jawab. Itu BK kena tanya Hong Leong Yamaha sendirilah. Saya malas nak ulas.

BK : Iyalah. Aku tak tanya soalan sensitif lagi dah. Sebenarnya aku ni nak ucapkan ribuan terima kasih juga ke engkau ni. Disebabkan kau jugalah industri modifikasi motorsikal berkuasa rendah semakin mendapat tempat di hati peminat. Terutamanya buat anak muda yang sanggup berhabisan wang untuk convert kau jadi X1R.

LC V1 : Sama sama BK. Ada juga insan yang masih prihatin dengan motosikal tua macam saya ni kan.

BACA : SEMBANG SANTAI – SUZUKI RG SPORT PELESIT KOTA

BACA : SEMBANG SANTAI – MAJALAH KERETA EDISI TAS 2005 NI OI!

Google ads

B K

Back to top button