Buletin

SUZUKI LANCAR BOLENO FACELIFT DI INDONESIA – BERMULA RM65K

Suzuki Indomobil Sales (SIS) menutup tirai tahun 2019 dengan melancarkan model kompak Suzuki Baleno yang menggantikan model Swift di pasaran Indonesia. 

Bakal bersaing secara langsung dengan Honda Jazz dan Toyota Yaris, Baleno tampil dengan penambahbaikan yang ketara.

Antaranya ialah penggunaan gril jenis honeycomb baharu berwarna hitam, sepasang lampu utama jenis LED projektor dan lampu kabus. 

Rekaan bampar hadapan juga direka agar lebih sporty dan dinamik. Skirting hadapan berwarna kelabu dikekalkan. Model baharu itu dipasang dengan rim dua tona bersaiz 16 inci. Walaupun sudah dilengkapi dengan sensor mengundur, namun model kompak tersebut tidak didatangkan dengan kamera. 

Dari segi keselamatan, Baleno dilengkapi sistem brek ABS dan EBD, tetapi tiada ciri kawalan kestabilan. 

Ruang kabin pula tidak menerima banyak penambahbaikan. Cuma kali ini Baleno menggunakan tema warna hitam biru, selain corak baharu pada fabrik tempat duduk.

Sementara ciri-ciri seperti kemasukan pintar, butang penghidup enjin, skrin sentuh, lampu utama boleh laras dan paparan multi info berwarna ditawarkan sebagai standard. 

Baleno masih menggunakan khidmat enjin bersesaran 1.4 liter berkuasa 92.4PS dan tork 130Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual. 

Harga bagi varian automatik 233.5 juta rupiah (RM69,000), manakala versi manual berharga 221 juta rupiah (RM65,000) seunit. 

Google ads
Back to top button